Perbandingan amalan makanan dan pemakanan, aktiviti fizikal dan persepsi imej tubuh antara remaja lelaki yang berlebihan berat badan dan berat badan normal di Sekolah Menengah Kebangsaan Likas Universiti Malaysia Sabah

Leau, Pei Yi (2007) Perbandingan amalan makanan dan pemakanan, aktiviti fizikal dan persepsi imej tubuh antara remaja lelaki yang berlebihan berat badan dan berat badan normal di Sekolah Menengah Kebangsaan Likas Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001548.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau amalan makanan dan pemakanan, aktiviti fizikal dan persepsi imej tubuh di kalangan remaja lelaki yang berlebihan berat badan dan responden yang berat badan normal di sekolah Menengah Kebangsaan Likas. Selepas penyaringan status Indeks Jisim Tubuh untuk 250 pelajar lelaki dengan graf IJT-untuk umur dari Center for Disease Control (CDC), terdapat 40 (16% dari jumlah 250 pelajar) responden yang berlebihan berat badan (berat badan lebih daripada 85% persentil dalam IJT-untuk-umur). 40 pelajar lelaki dengan status berat badan normal (5% hingga 85% persentil) bagi IJT-untuk-umur yang mempunyai ciri-ciri sosiodemografik yang hampir sepadan dengan responden yang berlebih berat badan juga dipilih sebagai responden. Data-data dikumpul dengan borang soal selidik yang berkaitan dengan demografi, amalan pemakanan dengan kaedah ingatan dietari semula 24 jam, Food Frequensi Ouestionaire (FFQ) dan amalan aktiviti fizikal serta penilaian persepsi imej tubuh responden dengan Stunkard's Figure Rating Scale. Min umur responden berat badan normal ialah 14.5 ± 0.99 tahun dengan taburan bangsa iaitu Melayu (25.5%), Cina (10.0%), Kadazanl Dusun (20.0%), 8ajau (25.0%) dan lain-lain (20.0%). Min umur responden yang berlebihan berat badan ialah 14.2 ± 0.97 tahun dengan taburan bangsa ialah Melayu (27.5%), Cina (10.0%), Kadazan (17.5%), 8ajau (25.0%) serta lain-lain (20.0%). Didapati terdapat perbezaan signifikan di antara pengambilan tenaga (diukur dengan ingatan semula 24 jam) bagi responden yang be rat normal dan berlebihan (ujian-t tak berpasangan p= 0.000); penggunaan tenaga mereka juga berbeza (p=0.000) Secara keseluruhan, 62 (77.5 %) pelajar lelaki berasa tidak puas hati dengan imej badan mereka. Hanya terdapat 18 (22.5%) responden yang berpuas hati terhadap imej tubuhnya.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: dietary practice, physical activity, body image, perception, weight, BMI
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Nov 2013 10:23
Last Modified: 11 Oct 2017 09:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7535

Actions (login required)

View Item View Item