Luahan semasa nitrat di Sungai Telipok

Siti Nurwasilah Remli (2006) Luahan semasa nitrat di Sungai Telipok. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000277.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian tentang perhubungan kepekatan nitrat dengan luahan sungai dan beban nitrat yang diangkut di sepanjang Sungai Telipok telah dilakukan melalui empat kali persampelan pada 25/1/2006, 26/1/2006, 27/1/2006 dan 1/3/2006. Pengukuran luahan semasa sungai telah dilakukan menggunakan kaedah pembauran. Kepekatan nitrat di dalam sampel yang telah diambil dianalisis dengan menggunakan Kaedah Hach. Kadar luahan sungai dengan kepekatan nitrat menunjukkan hubungan songsang yang sangat baik disebabkan oleh proses pembauran di mana apabila kepekatan nitrat menurun maka luahan sungai meningkat. Kadar luahan nitrat pula didapati dipengaruhi oleh luahan sungai di mana pada kadar luahan sungai yang tinggi, luahan nitrat juga tinggi. Oleh itu, jurnlah beban nitrat yang diangkut adalah bergantung kepada kadar luahan sungai tersebut dan bukannya bergantung pada kepekatan nitrat. Kehadiran nitrat pada sungai ini disebabkan oleh aktiviti pertanian dan pentemakan serta aktiviti-aktiviti manusia yang lain dalam kawasan tadahan Sungai Telipok yang dikaji.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Nitrat concentration, Stream discharge, Sungai Telipok, Kota Kinabalu, Sabah
Subjects: ?? QE351-399.5 ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 09 Nov 2011 13:31
Last Modified: 12 Oct 2017 15:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/759

Actions (login required)

View Item View Item