Tahap penerimaan pelajar terhadap makanan yang dijual dan kebolehdapatannya di kantin-kantin kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah

Kartika John Budiman (2007) Tahap penerimaan pelajar terhadap makanan yang dijual dan kebolehdapatannya di kantin-kantin kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001559.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Responden berjumlah seramai 364 orang di mana ia meliputi 170 lelaki dan 194 perempuan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang meliputi soalan berkenaan data demografi, penerimaaan, faktor pemilihan, pegetahuan dan juga kebolehdapatan makanan di kantin-kantin kolej kediaman UMS. Objektif kaijian ini adalah untuk mengetahui tahap kepuasaan, kesukaan dan pendapat para pelajar tehadap makanan yang dijual dan kebolehdapatannya di kantin-kantin kolej kediaman UMS. Kebersihan makanan, kesegaran makanan serta kemudahan yang ada merupakan faktor utama yang mempengaruhi kekerapan pembelian makanan. Jenis masakan yang paling disukai adalah makanan yang ditumis, berkuah atau bersos dan juga makanan yang digoreng. Namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ketiga-tiga jenis hidangan ini (x2=1 .731, p>0.05), iaitu seramai 249 responden menyukai masakan yang bertumis, 224 orang responden suka kepada makanan yang bersos dan seramai 222 orang responden yang gemar kepada makanan yang digoreng. Terdapat perhubungan yang signifikan (x2=11 .741, p≤0.05) antara status kewangan pelajar dengan kekerapan mengambil makanan. Selain daripada itu, terdapat juga perhubungan yang signifikan (x2=97.009, p≤0.05) di antara jantina responden dengan melihat pada harga makanan sebelum pembelian dibuat. Tahap kepuasan pelajar terhadap kantinkantin secara keseluruhan adalah pada tahap yang sederhana dan 88.7% berpendapat bahawa kemudahan seperti tempat membasuh tangan dan tisu harus disediakan. Makanan yang berasaskan daging ayam dan sayur-sayuran adalah yang paling sering diambil oleh responden dan sebanyak 43.3% suka kepada makanan yang berasaskan daging ayam. Kesimpulannya, tahap penerimaan responden terhadap makanan yang dijual di kantin-kantin kolej kediaman kampus UMS adalah pada tahap sederhana dan kebersihan makanan menjadi faktor yang paling utama dalam pemilihan makanan oleh responden. Selain itu, makanan laut merupakan makanan yang agak jarang didapati di kantin-kantin ini dan daging ayam merupakan jenis makanan yang paling banyak didapati daripada setiap kantin.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: level of satisfaction, food availability, type of cooking, seafood
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Nov 2013 14:42
Last Modified: 11 Oct 2017 10:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7601

Actions (login required)

View Item View Item