Mengkaji kadar pengoksidaan dawai kuprum terhadap kecekapan pengaliran arus elektrik pada suhu yang berbeza

Noor Hajamaimun Norazlan (2004) Mengkaji kadar pengoksidaan dawai kuprum terhadap kecekapan pengaliran arus elektrik pada suhu yang berbeza. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001565.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang kesan pengoksidaan dawai kuprum terhadap kecekapan pengaliran arus elelctrik pada subu dan masa yang berbeza. Kajian ini menggunakan 20 sampel yang berlainan diameter iaitu 1.20 ± 0.01 mm dan 1.30 ± 0.01 mm yang dioksidakan dalam pembakar (oven) dalam subu 20°C - 200°C. Didapati dengan menyambungkannya dalam satu litar lengkap,rintangan dawai dapat direkodkan dengan penambahan suhu dari 25°C-150°C. Kesan dimensi akan memberi perbezaan dalam kebolehan pengaliran arus elektrik dalam dawai kuprum. Kebolehan pengaliran arus elektrik ditentukan daripada nilai rintangan, kerintangan, pemalar kerintangan dan kekonduksian. Peratus perbezaan penurunan arus bagi sampel berdiameter 1.20 ± 0.01 mm ialah dalamjulat 4.12 - 15.4 %, manakala bagi sampel berdiameter 1.33 ± 0.01 mm ialah antara 0.10 - 31.7%. Kecekapan pengaliran arus bagi sampel 1.20 ± 0.01 mm ialah 95.9% manakala sampel 1.33 ± 0.01 mm ialah 99.9%. Kewujudan lapisan oksida pada permukaan dawai telah mengurangkan kecekapan dawai dalam pengaliran arus elektrik Kajian ini merumuskan bahawa proses pengoksidaan memberi kesan terhadap kebolehan pengaliran arus elektrik. Seterusnya, kajian ini membuktikan bahawa semakin tinggi darjah pengoksidaan dawai kuprum, peratus penurunan nilai arus akan semakin bertambah maka kebolehan pengaliran arus dalam sampel akan semakin berkurangan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: oxidation process, copper wire, temperature, period, conductivity, resistivity
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 20 Nov 2013 13:39
Last Modified: 11 Oct 2017 10:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7607

Actions (login required)

View Item View Item