Kesan harmon tumbuhan (2, 4-D, NAA dan BAP) terhadap kadar percambahan halia (Zingiber officinale Roscoe)

Mohd Hafizuddin Idris (2013) Kesan harmon tumbuhan (2, 4-D, NAA dan BAP) terhadap kadar percambahan halia (Zingiber officinale Roscoe). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001579.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan kesan beberapa hormon tumbuhan terhadap kadar pengeluaran bilangan mata tunas, kadar pemanjangan mata tunas dan kadar pembesaran diameter mata tunas. Kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk menentukan hormon tumbuhan yang memberikan kadar percambahan rizom halia yang paling cepat. Hormon tumbuhan yang telah digunakan dalam kajian ini adalah hormon 2, 4-dichlorophenoxyacetic acid (2, 4-D), 1- naphthaleneacetic acid (NAA), dan 6- benzylaminopurine (BAP). Setiap jenis hormon tumbuhan tersebut telah dipecahkan kepada tiga jenis kepekatan yang berbeza iaitu 1 mgrl-1, 2 mgrl-1, dan 4 mgrl-1. Ketiga-tiga jenis kepekatan hormon yang berbeza tersebut telah digunakan untuk mendapat bacaan parameter kajian yang lebih tepat mengenai kepekatan hormon yang sesuai. Cara rawatan dilakukan adalah dengan merendamkan keratan rizom halia ke dalam hormon tumbuhan mengikut kepekatan masing-masing. Kemudian rizom halia yang telah diberi rawatan akan disimpan di dalam rumah hijau untuk melihat kadar percambahannya. Daripada analisis yang telah dijalankan, didapati hormon tumbuhan yang memberikan kadar percambahan yang paling ketara berbanding hormon tumbuhan lain ialah hormon 2, 4-D pada 4 mgrl-1. Hasil kajian ini iaitu penggunaan honnon tumbuhan 2,4-D pada 4 mgrl-1 boleh diaplikasikan dalam bidang pertanian untuk meningkatkan kadar pemanjangan dan pembesaran diameter mata tunas terhadap bahan tanaman halia dan sekali gus mempercepatkan proses penanaman tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: number of ginger, rate of ginger, plant hormone, rhizome, economic value, agriculture perspective
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 Dec 2013 13:13
Last Modified: 11 Oct 2017 11:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7643

Actions (login required)

View Item View Item