Teka-teki Sudo-15: Satu teka-teki sudoku tidak berkutub

Lee, Yen Peng (2007) Teka-teki Sudo-15: Satu teka-teki sudoku tidak berkutub. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001588.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Disertasi ini membincangkan satu teka-teki Sudoku berkutub yang dinamai teka-teki Sudo-15 di mana teka-teki ini adalah hasil kornbinasi ciri-ciri pada teka-teki Sudoku (Sudoku Puzzle) dan teka-teki 15 (15 Puzzle). Teka-teki Sudo-15 dalam disertasi ini merupakan teka-teki bergrid 4 x 4 dengan sub-petak 2 x 2 yang terdiri daripada enam belas nombor iaitu empat nombor 1, empat nombor 2, empat nombor 3 dan empat nombor 4. Peraturan yang ditetapkan bagi teka-teki Sudo-15 adalah satu nombor daripada enam belas dalam teka-teki mesti dikeluarkan pada corak permulaannya. Kemudian, teknik penggelongsoran yang diaplikasikan dalam teka-teki 15 diaplikasikan dalam teka-teki Sudo-15 sehingga mencapai corak akhir teka-teki Sudo-15 iaitu corak Sudoku. Objektif kajian ini adalah mengkaji sama ada teori kekutuban (parity) nombor dalarn pilih atur bagi teka-teki 15 boleh diaplikasikan dalam teka-teki Sudo-15, mengkaji cara untuk rnengenalpasti sama ada teka-teki Sudo-15 mempunyai penyelesaian atau tidak dan mengkaji perbezaan antara teka-teki 15 dengan teka-teki Sudo-15. Dalam pengkajian teori kekutuban nombor sama ada diaplikasikan dalam teka-teki Sudo-15, perhitungan kekutuban nombor bagi teka-teki Sudo-15 perlu diaplikasikan seperti dalarn teka-teki 15. Tahap kesukaran dan langkah penyelesaian teka-teki Sudo-15 dapat dikesan melalui Keadah Reverse Sudoku, Kaedah Corak Rawak kepada Corak Sudoku dan Kaedah Corak Sudoku kepada Corak Sudoku. Akhirnya, perbezaan antara teka-teki Sudo-15 dengan teka-teki 15 juga dikesan dari segi langkah penyelesaian dan ciri-ciri fizikal kedua-dua teka-teki ini. Kesimpulannya, ketiga-tiga objektif dalam kajian ini tercapai dengan berjaya menentukan teori kekutuban tidak diaplikasikan dalam teka-teki Sudo-15, mengenalpasti penyelesaian teka-teki Sudo-15 dan perbezaan antara teka-teki Sudo-15 dan teka-teki 15.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Sudoku, 15 puzzle, solution method, physical characteristic, parity theory, Pattern
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Dec 2013 12:31
Last Modified: 11 Oct 2017 15:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7711

Actions (login required)

View Item View Item