Tahap penerimaan Mocha Cappucino dan Coco Cino di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Nabihah Ab. Razak (2007) Tahap penerimaan Mocha Cappucino dan Coco Cino di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001589.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tabiat pengambilan, faktor yang mempengaruhinya, kriteria pembelian, tahap pengetahuan dan persepsi pelajar terhadap kopi (terutamanya jenis berasaskan espresso) dan koko. Ujian sensori dilakukan bagi mengenalpasti tahap penerimaan Mocha Cappuccino dan Coco Cino. Daripada 500 responden, 250 menjawab borang soal selidik A yakni tahap penerimaan terhadap kopi dan 250 menjawab borang soal selidik B, tahap penerimaan terhadap koko. Setiap borang selidik dijawab oleh responden yang berbeza. Borang soal selidik terbahagi kepada 5 bahagian iaitu bahagian A demograti, bahagian B tabiat pengguna, bahagian C pengetahuan pengguna, bahaglan D persepsi pengguna dan bahagian E ujian sensoria Data telah dianalisa menggunakan kekerapan, Spearman's Rank Order Correlation dan Chi Square of Independence. Hasil kajian menunjukkan kekerapan minum kopi secara sekali sekala mencatatkan peratusan tertinggi iatu sebanyak 40.8%. Waktu pengambilan kopi yang paling kerap adalah pada waktu pagi dengan peratusan sebanyak 40%. Pemilihan jenis kopi paling kerap diminum adalah kopi susu dengan peratusan sebanyak 40.4%. liga faktor utama pemilihan jenis kopi yang paling kerap diminum adalah faktor rasa, harga dan mudah disediakan. liga faktor utama pelajar minum kopi adalah faktor rasa, untuk berjaga dan memberi kepuasan. liga kriteria pembelian kopi yang utama adalah rasa, harga dan jenama. Bagi kopi jenis espresso, kekerapan pengambilan sekaJi sekala mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 75.6%. liga sebab utama pelajar minum kopi jenis espresso adalah rasa, jenama dan rakan. Melalui ujian sensori, penerimaan keseluruhan Mocha Cappucino mencatatkan min 5.38 dan terletak pada skala di antara suka sedikit dan suka sederhana. Kekerapan minum koko, sekali sekala mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 44.4%. Pengambilan kopi pada bila bila masa mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 42.4%. liga faktor utama pelajar minum koko adalah rasa, memberi kepuasan dan untuk berjaga. liga kriteria pembelian utama adalah, rasa, harga dan jenama. Penerimaan keseluruhan Coco Cino mencatatkan min 5.80 dan terletak pada skala di antara suka sedikit dan suka sederhana. Tabiat pengambilan, kriteria pembelian, tahap pengetahuan dan persepsi pelajar mengenal kopi (khususnya jenis espresso) dan minuman koko dapat dikenalpasti. Tahap penerimaan Mocha Cappuccino dan Coco Cino dapat dinilai. Secara kesimpulannya, objektif kajian tercapai.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: coffee, cocoa, behavior, purchasing criteria, perception, Mocha Cappucino, knowledge
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 05 Dec 2013 14:52
Last Modified: 11 Oct 2017 15:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7731

Actions (login required)

View Item View Item