Kajian penggunaan Chlorella vulgaris sebagai perapi air di dalam sistem penjagaan larva patin (Pangasius hypopthalmus)

Nordahwati Jamli (2007) Kajian penggunaan Chlorella vulgaris sebagai perapi air di dalam sistem penjagaan larva patin (Pangasius hypopthalmus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001603.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Pembiakan aruhan telah dijalankan untuk mendapatkan larva bagi eksperimen ini. Seekor induk betina dan dua ekor induk jantan telah dipilih. Berat induk betina yang dipilih ialah 4.7 kg dan induk jantan mempunyai berat seperti berikut 2.05 kg dan 2.4 kg. Peratusan penetasan telur ialah 76% dengan jumlah telur sebanyak 760 g. Terdapat tiga kepadatan sel Chiarella vulgaris yang berbeza digunakan untuk menjalankan eksperimen, iaitu 0.5 juta sel/ml, 2.5 juta sellml dan 5.0 juta sel/ml. Manakala satu akuarium tidak diisi dengan Chiarella vulgaris sebagai kawalan eksperimen. Setiap akuarium mempunyai tiga replikasi. Eksperimen ini tertumpu kepada mengenai kesan kepadatan sel Chiarella vulgaris yang berbeza terhadap tumbesaran dan kadar kemandirian larva Patin. Keputusan eksperimen menunjukkan kepadatan sel tidak memberi perbezaan bererti terhadap panjang larva. Namun begitu kehadiran Chlorella vulgaris membuatkan larva Patin membesar lebih cepat. Kadar kemandirian mempunyai perbezaan yang bererti (P<0.05) terhadap kesan kepadatan sel yang berbeza dan mortality paling tinggi adalah dari akuarium 5.0 juta sel/ml. Kehadiran Chlorella vulgaris adalah penting di dalam sistem penjagaan larva, tetapi perlu dalam kepadatanya sel yang optima iaitu di dalam lingkungan 0.05 juta sellml- 2.5 juta sel/ml.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: seed production, Chiarella vulgaris, larvae rearing system, highest mortality, density of Chlorella
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Dec 2013 09:40
Last Modified: 11 Oct 2017 15:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7749

Actions (login required)

View Item View Item