Kesan penyinaran gamma terhadap pembentukan kanji rintang

Ee, Min Lee (2012) Kesan penyinaran gamma terhadap pembentukan kanji rintang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001634.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan penyinaran gamma (5, 10, 25 dan 50 kGy) terhadap kandungan kanji rintang (RS) yang terhasil dalam empat jenis kanji jagung yang berlainan kandungan amilosa (kanji jagung waxy, kanji jagung biasa, Hylon Vdan Hylon VII). Kajian ini merangkumi ujian ke atas kandungan lembapan, kandungan amilosa, kandungan karboksil, nilai pH, sifat pempesan serta kandungan RS. Kandungan lembapan untuk semua jenis kanji jagung menurun secara signifikan (p<0.05) selepas rawatan penyinaran gamma disebabkan perubahan yang mempengaruhi pengikatan molekul kanji terhadap molekul air. Kandungan amilosa untuk semua kanji dirawat dengan 5 kGy meningkat dan seterusnya menurun dengan penambahan dos sinar gamma. Penambahan dos sinar gamma meningkatkan kandungan karboksil serta menurunkan nilai pH seperti yang ditunjukkan oleh kolerasi negatif (-0.787**, p<0.01). Hylon Vdan Hylon VII yang dirawat pada 50 kGy didapati mempunyai kandungan karboksiI tertinggi (p<0.05). Proses degradasi serta pembentukan rangkaian silang telah menyebabkan parameter-parameter pempesan dalam semua jenis sampel kanji mengalami penurunan dengan penambahan dos penyinaran gamma. Fenomena ini menjadi lebih ketara apabila dos sinar gamma melebihi 10 kGy (p<0.05) seperti yang ditunjukkan oleh lengkungan profil pempesan yang semakin mendatar. Peningkatan kandungan amilosa dalam semua sampel kanji yang dirawat dengan sinaran gamma kurang daripada 10 kGy telah meningkatkan pembentukan RS dalam sampel-sampel kanji tersebut. Ini ditunjukkan oleh hasil kajian yang mendapati terdapat kesan interaksi (p<0.05) antara dos penyinaran gamma dengan kanji berlainan kandungan amilosa dalam mempengaruhi kandungan RS yang terbentuk. Apabila dos sinar gamma melebihi 10 kGy, peningkatan kandungan RS dalam semua sampel kanji kurang disebabkan oleh retrogradasi amilosa, sebaliknya lebih dipengaruhi oleh rangkaian silang aruhan sinaran yang terbentuk pada molekul kanji. Kajian ini menunjukkan penambahan dos sinar gamma telah meningkatkan kandungan RS dalam semua sampel kanji. Kandungan RS dalam Hylon V telah mengalami peningkatan sebanyak 14.9% setelah dirawat dengan sinar gamma 50 kGy, dan merupakan kanji dengan kandungan RS tertinggi antara semua sampel (p<0.05).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: gamma irradiation, resistant starch, waxy corn starch, normal corn starch, Hylon V, Hylon VII), dosage
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Dec 2013 11:58
Last Modified: 11 Oct 2017 16:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7786

Actions (login required)

View Item View Item