Penukar karat berasaskan asid tanik dan asid fosforik

Suhaila Sahabuddin (2005) Penukar karat berasaskan asid tanik dan asid fosforik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001640.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian penukaran karat oleh penukar karat yang berasaskan asid tanik dan asid fosforik telah dilakukan menggunakan plat besi yang telah menjalani pengaratan aruban. Ciri-ciri sebatian pada permukaan yang dikaji digambarkan oleh spektroskopi inframerah (FTIR) dan mikroskop pengimbas elektron (SEM). Kajian mendapati bahawa karat yang terbentuk semasa pengaratan aruhan terdiri daripada sebatian a- FeOOH (goetit), y-FeOOH (lepidokrosit) dan Fe304 (magnetit). Sebatian ini ditukar kepada ferik fosfat selepas tindakbalas dengan campuran asid tanik dan asid fosforik seperti yang ditunjukkan melalui analisis FTIR.. Melalui analisis SEM pula, dapat diperhatikan permukaan besi yang berkarat adalah berbentuk butiran pasir. Pengaplikasian penukar karat kepada plat besi berkarat membentuk lapisan yang padat, sedikit merekah dengan kehadiran bonjolan dan partikel-partikel cerah pada pennukaan besi berkenaan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: tannic, phosphoric acid, steel plate, infrared spectroscopies, scanning electron microscope, rust, steel surface
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Dec 2013 12:54
Last Modified: 11 Oct 2017 16:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7792

Actions (login required)

View Item View Item