Penyediaan dan pencirian bahan pateri bebas plumbum aloi stanum-kuprum

Wan Mohd Ikram Wan Muhamad (2007) Penyediaan dan pencirian bahan pateri bebas plumbum aloi stanum-kuprum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001744.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Bahan pateri stanum-kuprum dengan peratusan di an tara 99%Sn-1%Cu hingga 80%Sn- 20%Cu disediakan dengan menggunakan teknik peleburan di mana dua jenis lagam iaitu stanum (Sn) dan kuprum (Cu) dileburkan di dalam relau (furnace). Sampel yang dihasilkan diukur kerintangan dan kekanduksian dengan menggunakan kaedah penduga empat titik. Sampel ini disediakan untuk memilih peratusan campuran stanum-kuprum yang paling sesuai untuk menggantikan stanum-plumbum sebagai alai pateri bebas plumbum. Sampel F dengan peratusan 80%Sn-20%Cu merupakan sampel yang mempunyai kerintangan paling rendah iaitu 61.1 x 10-7 D..cm dan kekanduksian yang paling tinggi iaitu 149x103 D. -1cm-1 serta sesuai untuk digunakan sebagai alai pateri bebas plumbum. Selain itu juga, bahan sampel alternatif yang baleh digunakan sebagai alai pateri bebas plumbum ialah sampel D dengan peratusan 90%Sn-l0%Cu kerana sampel ini juga mempunyai kerintangan yang agak rendah dan kekanduksian yang juga tinggi serta mempunyai campuran bahan argentum dengan peratusan yang kecil iaitu 10% sahaja. Pertambahan kuprum dalam peratusan sampel menyebabkan kekanduksian meningkat. Secara kesimpulannya, alai pateri bebas plumbum yang sesuai untuk menggantikan alai pateri berplumbum adalah stanum-kuprum dengan peratusan 80%Sn- 20%Cu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: stanum-copper alloy, melting method, resistivity, conductivity
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 07 Jan 2014 11:09
Last Modified: 10 Oct 2017 16:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7979

Actions (login required)

View Item View Item