Pengambilan nutrien nitrat(NO₃�) dan fosfat (PO₄�) oleh Eichornia Crassipesdan Typha Latifollia, dua spesies makrofit akuatik, di Likas Lagun

Nurul Aini Kamaruddin (2006) Pengambilan nutrien nitrat(NO₃�) dan fosfat (PO₄�) oleh Eichornia Crassipesdan Typha Latifollia, dua spesies makrofit akuatik, di Likas Lagun. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001771.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kandungan nutrien nitrat dan fosfat di dalam bahagian akar, batang, dan daun Eichornnia crassipes dan Typha latifollia di Likas Lagun, Kota Kinabalu. Enam stesen telah dipilih secara rawak untuk kedua-dua spesies tersebut. Sampel telah diambil sebanyak tiga kali. Sampel telah dihadamkan dengan menggunakan 100 ml asid sulfurik, 6 g serbuk asid salisilik dan lima titik hidrogen peroksida sebelum dianalisis dengan menggunakan kaedah penurunan kadmium bagi nitrat manakala fosfat dianalisis dengan menggunakan kaedah molybdenum biro (APHA, 1993). Pengukuran fizikal-kimia air hanya melibatkan suhu, pH, nitrat dan fosfat. Kedua dua tumbuhan akuatik ini iaitu E. crassipes dan T. latifollia mengambil nutrien nitrat yang lebih tinggi berbanding dengan fosfat. Kandungan nitrat yang paling tinggi dalam E. crassipes adalah di stesen dua iaitu 16.07 mgl�¹ manakala kandungan fosfat yang paling tinggi diambil ialah 7.28 mgl�¹ juga di stesen dua. Bagi T. latifollia kandungan nitrat yang paling tinggi diambil ialah 14.68 mgl�¹ manakala fosfat ialah 5.32 mgl�¹• Bahagian akar bagi kedua-dua spesies ini mengambil nutrien lebih tinggi berbanding dengan bahagian batang dan daun. Secara perbandingan kandungan nutrien nitrat lebih tinggi daripada fosfat di dalam kedua-dua makrofit akuatik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: concentration, nitrate, phosphate, Eichornnia crassipes, Typha latifollia, root, macrophyte aquatic
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Jan 2014 13:28
Last Modified: 10 Oct 2017 16:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8009

Actions (login required)

View Item View Item