Potensi antimikrob ekstrak tumbuhan Lawsonia inermis terhadap Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis dan Candida albicans.

Mazlina Ashari (2006) Potensi antimikrob ekstrak tumbuhan Lawsonia inermis terhadap Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis dan Candida albicans. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001790.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menguji keupayaan antimikrob ekstrak kasar etanol bahagian daun dan akar tumbuhan Lawsonia inermis terhadap Staphylococcus aureus, Bacillus subtillis dan Candida albicans dengan menggunakan kaedah penyebaran cakera kertas. Hasil menunjukkan kedua-dua bahagian tumbuhan ini dapat merencatkan pertumbuhan mikrob pada kepekatan yang berbeza. Didapati bahagian daun Lawsonia inermis dapat merencatkan pertumbuhan Staphylococcus aureus pada kepekatan ekstrak minimum perencatan (MIC) 10mg/ml diikuti Bacillus subtilis pada MIC 60mg/ml dan Candida albicans pada MIC 80mg/ml. Sementara itu, bahagian akar tumbuhan ini dapat merencatkan pertumbuhan Staphylococcus aureus juga pada MIC 10mg/ml diikuti Bacillus subtilis pada MIC 20mg/ml serta Candida albicans pada MIC 80mg/ml. Ujian antimikrob pada kepekatan 100mg/mi menunjukkan daun mempunyai keupayaan merencatkan pertumbuhan mikrob dengan zon perencatan paling tinggi berbanding dengan akar terutamanya terhadap bakteria Staphylococcus aureus. Menurut ujian peratus pertumbuhan spora Candida albicans pula, dapat diperhatikan bahawa peratus pertumbuhan spora adalah berkurangan dengan kenaikan kepekatan ekstrak yang digunakan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: antimicrobial test, extraction of leave, crude extract, ethanolic, inhibitory concentration
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Jan 2014 13:32
Last Modified: 10 Oct 2017 16:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8041

Actions (login required)

View Item View Item