Kajian perbandingan antara panel suria sistem pegun, sistem penjejakan suria pada satu hala dan sistem penjejakan suria pada dua hala

Goh, Horng Jyh (2005) Kajian perbandingan antara panel suria sistem pegun, sistem penjejakan suria pada satu hala dan sistem penjejakan suria pada dua hala. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001792.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Sistem penjejakan suria merupakan satu pengesan optoelektronik yang fungsinya membantu panel suria mengesan kedudukan matahari dengan menggerakan panel suria menghadap matahari pada sudut yang optimum. Objektif kajian projek ini adalah membina dua jenis sistem penjejakan suria jenis aktif (sistem penjejakan suria pada satu hala dan sistem penjejakan suria pada dua hala) dan membandingkan kecekapan ketiga-tiga sistem itu (sistem pegun, sistem penjejakan suria pada satu hala dan sistem penjejakan suria pada dua hala). Komponen-kompone elektronik seperti perintang bergantung pada cahaya, perintang, perintang boleh ubah, transistor, diod dan litar bersepadu digunakan dalam projek ini. Perintang bergantung cahaya digunakan untuk mengesan sumber cahaya. Input dari perintang bergantung cahaya akan dihantar kepada litar bersepadu TBB1458 untuk mengawal pergerakan motor. Tranduser - tranduser seperti multimeter, lux light meter dan thermometer digunakan dalam projek ini. Eksperimen membandingkan kecekapan antara sistem penjejakan suria pada satu hala dengan sistem pegun, sistem penjejakan suria pada dua hala dengan sistem pegun dan sistem penjejakan suria pada satu hal a dengan sistem penjejakan suria pada dua hala dilakukan. Eksperimen dilakukan bermula dari 0600 pagi hingga 1700 petang, data-data seperti keamatan matahari (lux), suhu ºC), keupayaan elektrik (V) dan arus (mA) diambil dan dijadualkan. Nilai - nilai kuasa dikira dan diplotkan pada graf kuasa lawan suhu. Daripada data-data yang diambil, didapati kecekapan sistem penjejakan suria pada dua hala paling cekap, ia menghasilkan output sebanyak 5 peratus lebih daripada sistem penjejakan suria pad a satu hala dan 19.47 peratus lebihan output berbanding dengan jumlah output yang dihasilkan oleh sistem pegun.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: solar tracing system, optoelectronic tracker, trace location, photo resistor
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 02 Apr 2014 10:27
Last Modified: 10 Oct 2017 16:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8043

Actions (login required)

View Item View Item