Kesan pendedahan superkonduktor [GdBaSr(Cu₃-xZnx)O₇]terhadap atmosfera

Fong, Wai Hong (2005) Kesan pendedahan superkonduktor [GdBaSr(Cu₃-xZnx)O₇]terhadap atmosfera. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001827.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian kesan pendedahan superkonduktor GdBaSr(Cu₃-xZnx)O₇ terhadap atmosfera dengan komposisi-x = 0.00, 0.01, 0.03, 0.10 yang telab dihasilkan dengan kaedah tindak balas keadaan pepejal. Sifat kerintangan elektrik pada suhu bilik dikaji dengan kaedah Vander Pauw dan suhu genting T c dilakukan dengan kaedah penduga empat titik. Manakala fasa hablur sampel dikenalpastikan dengan analisa pembelauan sinar-X. Mikrostruktur permukaan sampel dan komposisi element dalam sampel dikaji dengan menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM) dan analisa sinar-X sebaran tenaga (EDAX). Pada talmn 2004, sistem GdBaSr(Cu₃-xZnx)O₇ dengan penggantian Zn (x = 0.00 - 0.10) telah menunjukkan sifat kesuperkonduksian dengan T c-mulo dan T c-sifar dalam julat suhu 73 K - 86 K dan 30 K - 78 K masing-masing. Menurut data piawai kebangsaan, didapati babawa sistem GdBaSr(Cu₃-xZnx)O₇ tanpa sebarang penggantian memmjukkan Tc - 82 K. Seterusnya, didapati bahawa keempat empat sampel menunjukkan sifat kesuperlmnduksian dengan julat kerintangan elektrik (1.90 - 3.20) x��Ω.m secara relatif dalam tabun 2004. Manakala pada tahun 2003 pula julat kerintangan elektriknya hanya (1.77-2.19) x110��Ω.m. Data pembelauan sinar-x menunjukkan fasa 1113 telah distabilkan secara keseluruhan selepas setahun walaupun terdapat pengurangan kandungan fasa 1113 dengan x = 0.03 atas kehadiran fasa asing. Seterusnya, nilai kekisi-a, b dan c tidak mengalami perubahan yang ketara walaupun telah didedahkan kepada atmosfera selepas setahun. Kajian mikrostruktur menggambarkan babawa tiada perubahan ketara pada permukaan struktur untuk sampel komposisi x = 0.01, 0.03 dan 0.10 kerana saiz butiran bagi kedua-dua tahun masih lebih kurang sama iaitu dalam julat 1.3 µm hingga 1.7 µm sahaja. Daripada EDAX, didapati bahawa peratusan unsur oksigen adalah lebih mendominan iaitu dalam julat 61% hingga 70% tetapi unsur gadolinium hanya mencatatkan nilai peratusan dalam julat 1 % hingga 8% sahaja pada tahun 2004.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: superconductivity, temperature, Van der Pauw method, gadolinium, oxygen, electron microscope (SEM), Energy Dispersive X-Ray Analysis
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 20 Feb 2014 13:51
Last Modified: 11 Oct 2017 12:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8127

Actions (login required)

View Item View Item