Kajian karyotip terhadap spesies komersial lembu tempatan dan hibridnya

Sherra Yanjurus (2006) Kajian karyotip terhadap spesies komersial lembu tempatan dan hibridnya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001828.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Disertasi ini mengkaji keabnormalan kromosom lembu dari segi bilangan kromosom lembu tersebut dengan menggunakan kaedah karyotip. Spesies lembu yang dikaji adalah spesies komersial lembu tempatan yang dikategorikan kepada tiga jenis spesies lembu tenusu iaitu baka induk Sahiwal 67, baka induk Friesian 27 dan juga baka kacukan Friesian Sahiwal 171 dan juga tiga jenis spesies lembu pedaging iaitu baka induk Bali 5042, baka induk Brahman 128 dan juga baka kacukan Brahman Bali 2154. Kajian karyotip ini melibatkan pengekstrakan kromosom lembu daripada sel limfosit yang diperolehi melalui proses persampelan darah. Keputusan menunjukkan bahawa semua sarnpel darah spesies lembu tenusu yang dikaji adalah normal dari segi bilangan kromosomnya dan kesemua spesies lembu tenusu yang dikaji juga merupakan lembu jantan. Profil lembu tenusu baka induk Sahiwal 67 adalah (60,XY), profil lembu tenusu baka induk Friesian 27 adalah (60,Xy) dan profil lembu tenusu baka kacukan Friesian Sahiwal 171 adalah (60,XY). Keputusan juga menunjukkan kesemua spesies lembu pedaging yang dikaji adalah normal dari segi bilangan kromosomnya dan kesemua spesies lembu pedaging yang dikaji merupakan lembu betina. Profillembu pedaging baka induk Bali 5042 adalah (60,XX), profillembu pedaging baka induk Brahman 128 adalah (60,XX) dan profil lembu pedaging baka kacukan Brahman Bali 2154 adalah (60,XX). Kesimpulannya, konsep perwarisan Hukum Mendel tidak dapat dibincangkan melalui perbandingan di antara baka induk dan juga baka kacukan bagi kedua-dua jenis lembu iaitu lembu tenusu dan juga lembu pedaging. Ini kerana spesies lembu yang dikaji dipisahkan mengikut jantina dan ditempatkan di kawasan ladang yang berlainan dan menyebabkan proses persampelan darah sukar dijalankan. Namun. kajian ini tetap dijalankan untuk mendapatkan dan menganalisa profil kromosom lengkap bagi setiap spesies lembu yang dikaji berdasarkan Sistem Penamaan Kromosom bagi Lembu Domestik atau dikenali sebagai " International System for Chromosome Nomenclature of Domestic Bovids (ISCNDB 2000)".

Item Type: Academic Exercise
Keyword: abnormalities, chromosome, cattle, karyotype technique, Mendel Law Inheritance Concept, blood sampling, ISCNDB 2000
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Feb 2014 15:38
Last Modified: 11 Oct 2017 12:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8128

Actions (login required)

View Item View Item