Aplikasi amplified ribosomal DNA restriction analysis (ARDRA) untuk mengesan mikroorganisma di dalam sampel tanah dari kawasan Air Panas, Poring

Mohd Hafizy Ahmad Shatar (2004) Aplikasi amplified ribosomal DNA restriction analysis (ARDRA) untuk mengesan mikroorganisma di dalam sampel tanah dari kawasan Air Panas, Poring. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001837.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan kehadiran komuniti mikroorganisma tanah dari kawasan air panas Poring. Pengekstrakan DNA dilakukan ke atas dua sampel tanab berjarak 1 m dan 5 m dari kawasan air panas dengan menggunakan protokol Saano dan Lindstrom (1995) yang telah diubahsuai dan U1traCleanâ„¢ Soil DNA Isolation Kit (Mo Bio Lab, USA). Didapati basil ekstrak DNA menggunakan UltraClean â„¢ Soil DNA Isolation Kit lebih berkuantiti tinggi berbanding kaedah Saano dan Lindstrom. DNA yang diekstrak kemudian digunakan sebagai templat-templat untuk Tindakbalas Rantai Polirner (PCR) dengan menggunakan primer-primer degenerasi kerana keupayaannya menghasilkan fragmen-fragmen rDNA. Hasil produk PCR rnenunjukkan jalur DNA yang lebih banyak pada sampel tanah berjarak 5m berbanding sampel tanah 1 m. Seterusnya jalur-jalur produk PCR dipotong dan ditulenkan. Hasil penulenan produk peR dilekatkan ke dalam vektor pCR 2.1 TOPO dan transformasi dilakukan ke dalam sel kompeten E. coli. Kemudian, pengekstrakan plasmid dilakukan dan penjujukan DNA dilakukan ke atas plasmid yang mempunyai saiz fragmen yang dimasukkan. Walaubagaimanapun, penjujukan tidak berjaya dilakukan berikutan kontaminasi yang berlaku pada plasmid DNA. Dari keputusan yang diperolehi, mikroorganisma pada sampel tanah tidak dapat dikenalpasti. Sekiranya penjujukan DNA berjaya dilakukan, pengenalpastian bilangan mikroorganisma yang dapat hidup di kawasan air panas dapat dilakukan

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Poring Hot Spring, soil microorganism, DNA extraction, PCR, pJasmid extraction
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 10 Feb 2014 18:23
Last Modified: 11 Oct 2017 13:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8145

Actions (login required)

View Item View Item