Kesan antimikrob ekstrak tumbuhan Leucaena leucocephala (Lam.) de wit ke atas Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis dan Candida albicans

Siti Zaleha Halim (2006) Kesan antimikrob ekstrak tumbuhan Leucaena leucocephala (Lam.) de wit ke atas Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis dan Candida albicans. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001862.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Ekstrak metanol daripada daun pokok Leucaena leucocephala telah dikaji secara in vitro untuk dinilai samada kesan ekstrak mempunyai aktiviti antimikrob terhadap agen antibakteria dan antikulat. Tiga jenis mikroorganisma bakteria Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis dan kulat Candida alhicans telah digunakan sebagai sampel. Ketigatiga mikroorganisma ini merupakan penyebab kepada penyakit kulit seperti kudis, luka, bisul dan urigenital. Sampel ekstrak Leucaena leucocephala disediakan dengan menggunakan teknik Soxhlet dan diruapkan hingga kering untuk mendapat sampel ekstrak yan kering dan pepejal. Kepekatan ekstrak yang digunakan ialah 1 mg/ml, 10 mg/ml, 100 mg/ml dan juga kawalan DMSO 50 peratus. Jangkamasa pendedahan yan digunakan ialah 30 minit, 60 minit dan 90 min it. Zon perencatan bagi bakteria diukur untuk mendapatkan nHai MIC serta pertumbuhan spora pada kulat dikira pada piringan agar. Didapati ekstrak menunjukkan aktiviti perencatan terhadap bakteria dan kulat. Ekstrak yang berkepekatan 100 mg/ml menunjukkan kesan perencatan yang paling ketara terutamanya kepada bakteria B.subtilis dan juga pada S. aureus. Nilai MIC bagi bakteria S. aureus ialah ≥1.10 mg/ml manakala bagi B. subtilis ialah ≥1.09 mg/ml. Secara keseluruhannya, kepekatan ekstrak dan mikrob berbeza secara analisis (p<0.05). Manakala masa tidak menunjukkan perbezaan secara analisis statistik (p>0.05). Bagi biJangan konidia untuk C.albicans menunjukkan perbezaan bererti bagi jangkamasa pendedahan 2 jam, 4 jam dan 6 jam. Manakala kepekatan juga mempunyai nilai yang berbeza dengan (p<0.05).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: methanolic extract, Leucaena leucocephala leaf, in vitro, inhibition zone, number of conidia, skin disease
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 20 Feb 2014 13:39
Last Modified: 11 Oct 2017 13:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8184

Actions (login required)

View Item View Item