Pengekspresan dan penulenan protein kinase, PknJ dalam Mycobacterium bovis BCG Pasteur 1173P2

Lee, Hoong Fatt (2005) Pengekspresan dan penulenan protein kinase, PknJ dalam Mycobacterium bovis BCG Pasteur 1173P2. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001882.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Mycobacteria dapat menggunakan protein kinase untuk menjalankan proses fosforilasi dalam sistem transduksi isyarat sendiri selepas menerima rangsangan daripada persekitaran yang kurang sesuai atau mengganggu sistem transduksi isyarat selular sel-sel perumah lalu membolehkan mereka beradaptasi dan terus bersifat patogenik. Dalam kajian ini, gen pknJ yang mengekodkan protein kinase M. bovis BCG Pasteur 1173P2 sebagai protein kinase J (PknJ) telah diklonkan dalam vektor pengekspresan, pET16b dan ditransformasikan di dalam Escherichia coli BL21 (DE3)pLysS. Pengekspresan dirangsangkan selepas penambahan 1mM IPTG. Penulenan PknJ rekombinan yang mempunyai jisim molekul relatif 64kDa dilakukan dengan menggunakan teknik kromatografi keafinan berdasarkan pengikatan protein rekombinan His X10-PknJ kepada matriks Ni-NTA dan dianalisakan dengan SDS-PAGE .. PknJ sebagai protein kinase menyerupai eukariotik mengandungi domain-domain Hanks dengan organisasi struktur transmembran tunggal, mempunyai domain pemangkinan N-terminal di dalam sitoplasma dan domain C-terminal ekstraselular. Domain intraselular dapat menjalankan autofosforilasi ke atas residu-residu serina dan treonina. Aktiviti auto kinase ini memerlukan kewujudan satu residu lisina pada kedudukan 43 dalam subdomain Hanks II yang juga dikenali membawa fungsi kepada aktiviti kinase dalam sistem eukariot. Penglibatan PknJ bagi aliran transduksi isyarat dari luar persekitaran ke intraselular bakteria telah dicadangkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: protein kinase, Mycobacterium bovis, chromatography technique, lysine residue, cytosol of bacteria, purification
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 20 Feb 2014 13:25
Last Modified: 12 Oct 2017 07:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8217

Actions (login required)

View Item View Item