Kesan penggunaan hormon 2,4-dichlorophenoxy acetik (2,4-D) ke atas pengaruhan embriogenesis somatik dari kalus kelapa sawit

Farrah Mohamad Hatta (2007) Kesan penggunaan hormon 2,4-dichlorophenoxy acetik (2,4-D) ke atas pengaruhan embriogenesis somatik dari kalus kelapa sawit. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001885.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penghasilan satu sistem regenerasi kelapa sawit yang efisien serta efektif adalah sangat penting untuk membolehkan penyelidikan lanjutan seperti kajian kejuruteraan genetik dilaksanakan bagi mempertingkatkan mutu hasil produk berasaskan sawit. Kajian ini dijalankan untuk menilai kesan penggunaan hormon auksin iaitu 2,4-0 pada kepekatan yang berbeza ke atas pengaruhan embriogenesis somatik daripada kalus kelapa sawit. Secara amnya, proses regenerasi melalui embriogenesis somatik melibatkan dua peringkat yang utama iaitu peringkat pengaruhan kalus dan pengaruhan embriogenesis somatik. Dalam kajian ini, peringkat pengaruhan kalus menggunakan 3 jenis bahan eksplan yang berbeza iaitu embrio kelapa sawit pramatang, pucuk in vitro dan daun muda. Dua jenis media pengkulturan yang digunakan ialah media N6 dan media MS dengan kepekatan 2,4-0 dan NAA yang berbeza. Bagi peringkat pengaruhan embriogenesis somatik pula, kalus yang terbentuk dikulturkan ke dalam media N6 dengan kepekatan 2,4-0 yang rendah iaitu 0.00-0.10 mg/L. Pembentukan kalus daripada eksplan pucuk in vitro yang dikulturkan di dalam medium MS dengan kepekatan 0.4 mg/L NAA dan 2.0 mg/L 2,4-D hanya mengambil masa selama 4 minggu berbanding dengan kalus yang terbentuk daripada eksplan daun muda yang dikulturkan di dalam medium MS dengan kepekatan 5.0 mg/L NAA dan 1.0 mg/L 2,4-D yang mengambil masa selama 3 bulan. Selepas kalus dipindahkan ke dalam medium pengaruhan embriogenesis somatik, kalus daripada pucuk in vitro tersebut berkembang menjadi kalus embriogenik dalam media pada kepekatan 0.00 mg/L, 0.04 mg/L, dan 0.10 mg/L 2,4-0. Kalus embriogenik seterusnya berkembang membentuk embrio somatik pada peringkat globular.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: oil palm, regeneration system, engineering study, oil quality, somatic embryogenesis, auxin, callus induction
Subjects: Q Science > QK Botany
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 14 Feb 2014 12:21
Last Modified: 12 Oct 2017 08:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8220

Actions (login required)

View Item View Item