Analisa mutasi gen H-RAS dalam kanser mulut menggunakan teknik RFLP

Wan Fahmi Wan Mohamad Nazarie (2007) Analisa mutasi gen H-RAS dalam kanser mulut menggunakan teknik RFLP. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001937.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti mutasi yang berlaku pada gen H-Ras di dalam sampel kanser mulut pesakit yang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan. Gen Ras yang berfungsi sebagai suis molekular di dalam pelbagai jenis isyarat tranduksi telah dikenalpasti sebagai faktor pertumbuhan dan pembentukan tumor manusia. Mutasi yang menyebabkan kanser mulut telah dilaporkan berlaku pada kodon 12 dan kodon 61 gen H-Ras. Kaedah yang telah digunakan mengenalpasti mutasi yang berlaku adalah tindakbalas berantai polimerase (PCR) untuk mengamplifkasi gen H-Ras dan teknik fragmen pemotongan pemanjangan polirnorfisma (RFLP) dengan menggunakan dua jenis enzim pembatasan iaitu enzim MspI dan enzirn BstN 1 untuk mernotong pada tapak pengenalan spesiflk. Kedua-dua teknik ini telah berjaya mencapai objektif kajian ini untuk mengenalpasti mutasi yang berlaku. Sebanyak 20 sampel DNA pesakit kanser mulut telah digunakan di dalam kajian ini. Hasil daripada kajian ini menunjukkan sebanyak 2 daripada 20 sampel telah mengalami mutasi pada kodon 12 iaitu mutasi jenis heterozigus dan tiada sampel yang mengalami mutasi pada kodon 61. Kajian ini tidak dapat menyimpulkan bahawa gen H-Ras samada memain atau tidak memainkan peranan dalam pembentukan kanser mulut kerana faktor lain seperti persekitaran juga terlibat dalam pembentukan kanser mulut. Kajian lanjut juga harus dilakukan dengan menggunakan saiz sampel yang lebih besar bagi mendapatkan keputusan yang lebih jitu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: mutation, H-Ras gene, oral cancer, HUSM, human tumor, codon,PCR, DNA
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Feb 2014 10:56
Last Modified: 12 Oct 2017 11:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8311

Actions (login required)

View Item View Item