Prevalens protozoa gastrousus di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Nongkolud Tuaran, Sabah

Nazatul Mazliana Mohamad Zin (2007) Prevalens protozoa gastrousus di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Nongkolud Tuaran, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001948.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian prevalens protozoa gastrousus di kalangan 100 orang pelajar tahap I (tahun satu hingga tahun tiga) telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Nongkolud, Tuaran, Sabah. Kaedah yang digunakan untuk menguji sampel tinja ialah kaedah calitan langsung, calitan tebal Kato-Katz Terubahsuai dan kaedah Harada-Mori. Setiap pelajar diberikan borang soal selidik dan maklumbalasnya dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 12. Didapati prevalens protozoa kanak-kanak yang terinfeksi adalah sebanyak 19%. Jenis-jenis spesies protozoa yang hadir ialah Entamoeba histolytica (31.6%), Entamoeba coli (21.1%), Entamoeba hartmanni (10.5%), Endolimax nana (26.3%), Chilomastix mesnili (5.3%), Giardia lamblia (15.8%) dan Iodamoeba butschlii (5.3%). Ujian khi kuasa untuk jadual kontingensi menunjukkan tiada perbezaan signifikan (P>0.05) eli antara infeksi protozoa gastrousus dengan faktor seperti umur, jantina, sosioekonomi dan demografi. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor demografi yang signifikan iaitu tindakan yang diambil sebelum meminum air, gejala dan kelakuan pelajar (P<0.05). Ujian Mann Whitney-U menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (P>0.05) dari segi berat dan ketinggian badan pelajar bagi kedua-dua populasi (terinfeksi dan tidak terinfeksi).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: gastro-intestinal protozoan, SK Nongkolud, direct smear, Kato-Katz Modified thick smear, Harada-Mori technique, SPSS, Mann Whitney-U test
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Feb 2014 09:37
Last Modified: 12 Oct 2017 12:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8331

Actions (login required)

View Item View Item