Kajian pembiakan Papilio demoleus dalam kurungan ke arah penternakan kupu-kupu secara komersial dan meninjau interaksi antara kepelbagaian kupu-kupu dan flora di IBTP

Ling, Kai Lin (2007) Kajian pembiakan Papilio demoleus dalam kurungan ke arah penternakan kupu-kupu secara komersial dan meninjau interaksi antara kepelbagaian kupu-kupu dan flora di IBTP. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001950.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini merangkumi dua bahagian, iaitu penternakan kupu-kupu Papilio demoleus dan koleksi kupu-kupu. Kedua-dua kajian ini dijalankan di sekitar Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP). Kaedah kurungan (captive method) telah digunakan dalam penternakan kupu-kupu, di mana Citrus sp. dijadikan sebagai tumbuhan perumah. Kaedah jaring pula digunakan dalam bahagian koleksi. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kejayaan pembiakan kupu-kupu P. demoleus dalam kurungan adalah menggalakkan kerana keturunan sehingga generasi kedua diperolehi. Perubahan morfologi dan kelakuan yang ditunjukkan dalam kitar hidup dapat memberi maklumat lanjutan terhadap spesies tersebut. Beberapa kaedah penyesuaian telah dilakukan untuk menangani masalah yang dihadapi semasa penternakan kupu-kupu. Tinjauan awal terhadap kepelbagian kupu-kupu dan hubungannya dengan kepelbagaian flora di IBTP telah dijalankan. Spesies tumbuhan di sekitar IBTP dikaji dan daya tarikan mereka terhadap kupu-kupu diperhatikan. Famili Nymphalidae merupakan spesies kupu-kupu yang paling banyak di IBTP, iaitu 68% daripada jumlah koleksi. Spesies kedua terbanyak ialah famili Pieridae yang mencatatkan 16%, dan diikuti oleh famili Papilionidae yang menyumbangkan 11% daripada jumlah koleksi. Kupu-kupu Lycaenidae mencatatkan 5% dan famili ini ialah famili yang paling sedikit di kawasan ini. Spesies tumbuhan yang paling banyak di IBTP ialah famili Zingiberaceae, 32%. Ini diikuti dengan famili Palmaceae, 11% dan famili Euphorbiaceae, 9%. Famili Rubiaceae, Fabaceae, Apocynaceae dan Mrytaceae, mencatatkan peratusan yang paling rendah, iaitu masing-masing 4%. Di sepanjang kajian, empat spesies Lepidoptera yang lain telah ditemui dan dua daripadanya merupakan rama-rama yang menjadikan Citrus sp. sebagai tumbuhan perumah mereka. Hubungan persaingan antara spesies rama-rama ini dengan spesies P. demoleus memberi maklumat kepada penternakan kupu-kupu untuk tujuan komersial. Beberapa kelemahan perlu diperbaiki untuk meningkatkan tahap kejayaan pembiakan kupu-kupu, iaitu kehadiran pemangsa, serangan parasit, kekurangan sumber makanan, ruang yang terhad dan tahap keselamatan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Papilio demoleus, ITBC, captive method, diversity, butterfly farming, reproduction
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Feb 2014 15:07
Last Modified: 12 Oct 2017 12:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8333

Actions (login required)

View Item View Item