Status kualiti air berdasarkan penunjuk mikrobiologi (jumlah koliform) di Mengkabong dan Salut, Tuaran, Sabah

Hafifah Mat Hassan (2005) Status kualiti air berdasarkan penunjuk mikrobiologi (jumlah koliform) di Mengkabong dan Salut, Tuaran, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001976.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Bakteria penunjuk mikrobiologi (jumlah koliform) telah digunakan dalam mengkaji status kualiti air di Perairan Salut dan Mengkabong. Sebanyak lima stesen telah dipilih di mana dua stesen terletak di Salut, dua stesen terletak di Mengkabong dan satu stesen terletak di pertemuan kedua-dua buah teluk dengan Laut China Selatan. Pensampelan dilakukan sebanyak tiga kali iaitu dari bulan November 2004 sehingga Januari 2005. Kaedah Bilangan Paling Mungkin (MPN) dan kaedah Penurasan Membran (MF) telah digunakan dalam proses pengukuran jumlah koliform di setiap stesen. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, didapati bakteria jumlah koliform telah dapat dikesan di semua stesen. Stesen ketiga mencatatkan bilangan jumlah koliform yang paling tinggi manakala stesen pertama mencatatkan bilangan jumlah koliform yang paling rendah. Berdasarkan kepada piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia (1978) di mana piawaian untuk jurnlah koliform ialah 100 MPN 100 ml�¹, kesemua stesen telah dikenal pasti berada pada tahap tercemar. Faktor-faktor fizikal dan kimia seperti saliniti, suhu, pH, Jumlah Pepejal Terlarut, Oksigen Terlarut dan Permintaan Oksigen Biokimia boleh mempengaruhi bilangan bakteria yang dikesan. Kajian selanjutnya perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk memantau kualiti air di kawasan ka

Item Type: Academic Exercise
Keyword: water quality, Salut, Mengkabong, coliform, Most Probable Number, Membrane Filter method
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Feb 2014 11:49
Last Modified: 12 Oct 2017 13:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8373

Actions (login required)

View Item View Item