Pengkuantifikasian sisa pepejal dan kajian mengenai pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat sekitar kawasan perumahan Taman Jaya Diri

Fong, Chee Seng (2005) Pengkuantifikasian sisa pepejal dan kajian mengenai pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat sekitar kawasan perumahan Taman Jaya Diri. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001987.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Pengkuantifikasian sisa pepejal isirumah dan kajian mengenai pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat telah dijalankan di lokasi yang dipilih iaitu Taman Jaya Diri pada 27 Ogos sehingga 4 September, 27 September sehingga 4 Oktober dan 27 Oktober sehingga 4 November. Objektif kajian ini adalah mengkuantifikasi komposisi dan mengetahui kadar penjanaan sisa pepejal isirumah yang dihasilkan oleh penduduk Taman Jaya Diri dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penghasilan sisa pepejal isirumah seperti amalan penduduk, sikap, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan, pendapatan, bilangan tanggungan dan kekerapan membuang sampah untuk menyediakan satu cara alternatif pengurusan sisa pepejal yang sesuai. Kerja-kerja yang telah dijalankan untuk mengkuantifikasian sisa pepejal iaitu pengedaran soal selidik dan persampelan. Sebanyak seratus unit rumah diminta mengisi borang soal selidik yang diedarkan dan empat puluh unit rumah daripadanya dipilih untuk menjalankan kerja persampelan sebanyak tiga kali. Terdapat lima jenis sampel sisa pepejal telah disampelkan iaitu kertas, plastik, organik, tin dan lain-lain bahan buangan. Komposisi sisa pepejal isirumah adalah terdiri daripada 225.5 kg iaitu 33.1 % lain-lain bahan buangan, 220.75 kg iaitu 32.4% sisa organik, 160.05 kg iaitu 23.5% kertas, 48.6 kg iaitu 7.13% tin dan 26.5 kg iaitu 3.89% plastik. Oleh yang demikian, didapati lain-lain bahan buangan adalah sisa pepejal yang paling banyak dijanakan dan plastik adalah sisa pepejal yang paling kurang dijanakan. Data-data daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan ujian One Way Anova. Melalui ujian itu, didapati pekeIjaan responden adalah faktor yang paling mempengaruhi sisa pepejal yang dijanakan di Taman Jaya Diri dalam penghasilan organik, tin dan plastik yang membentuk nilai signifikan 0.004, 0.000 dan 0.047. Sistem pengurusan sisa pepejal yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan haruslah diperbaiki kerana terdapat 41 % dari pada responden berasa sederhana puas hati dan 11 % berasa kurang berpuas hati. Sokongan para responden terhadap program kitar semula amat digalakkan kerana sebanyak 67% responden sangat menyokong program kitar semula dan 33% respond en sokong program tersebut. Maka cara alternatif pengurusan sisa pepejal adalah dengan mendirikan pusat pengumpula sisa pepejal yang boleh dikitar semula seperti kertas dan tin pasti pasti akan mendapat sokongan daripada para responden Taman Jaya Diri.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: household solid waste, quantification, Taman Jaya Diri, recycle, solid waste management
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 Mar 2014 15:41
Last Modified: 12 Oct 2017 13:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8440

Actions (login required)

View Item View Item