Perbandingan kepelbagaian spesies burung antara kawasan hutan primer dengan hutan yang dibalak secara terpilih di Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah: Burung pemakan buah melawan burung pemakan serangga

Nadzirah Awang Damit (2008) Perbandingan kepelbagaian spesies burung antara kawasan hutan primer dengan hutan yang dibalak secara terpilih di Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah: Burung pemakan buah melawan burung pemakan serangga. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002002.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian mengenai kesan pembalakan secara terpilih terhadap komuniti burung telah dijalankan di habitat hutan hujan tropika tanah pamah dipterokarp di kawasan Lembah Danum. Kajian ini yang menumpu kepada burung pemakan buah dan burung pemakan serangga telah dilaksanakan pada bulan Oktober dan November 2007. Sebanyak empat lokasi persampelan telah dipilih untuk melaksanakan kajian iaitu dua mewakili habitat hutan primer dan dua lagi mewakili habitat hutan terbalak secara terpilih. Lokasi hutan terbalak merupakan kawasan yang telah dibalak pada tahun 1989. Kaedah persampelan burung yang telah digunakan adalah kaedah pemerhatian secara langsung dan juga pengecaman burung melalui bunyi burung. Keseluruhannya sebanyak 81 spesies burung yang mewakili 32 famili telah dikenalpasti. Terdapat lebih banyak spesies burung Hirundo tahitica direkodkan di habitat hutan primer berbanding habitat hutan terbalak di mana lebih banyak spesies burung Malacopteron cinereum. Dari segi burung pemakan buah dan burung pemakan serangga, didapati bahawa 25 spesies burung pemakan serangga dikenalpasti di habitat hutan primer manakala 21 spesies burung pemakan serangga ditemui di habitat hutan terbalak. Sebanyak empat spesies burung pemakan buah yang ditemui di habitat hutan primer manakala hanya dua spesies yang ditemui di habtitat hutan terbalak. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti pembalakan telah memberi kesan yang negatif terhadap komuniti burung di Lembah Danum. Kesan yag serupa juga diperhatikan terhadap burung pemakan serangga dan burung pemakan buah. Sungguhpun demikian, hutan yang terbalak secara terpilih mencatatkan 28% daripada spesies burung yang dicatatkan di hutan primer. Ini menunjukkan bahawa hutan yang telah mengalarni gangguan khususnya 19 tahun selepas pembalakan masih mempunyai peranan penting dari segi pemuliharaan komuniti burung.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Danum Valley dipterocarp rainforest, insectivorous, frugivorous bird, sampling method, bird's call identification, logging activity
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Mar 2014 16:37
Last Modified: 12 Oct 2017 14:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8474

Actions (login required)

View Item View Item