Perbandingan parameter fiziko-kimia di Lagun Mengkabung dan lagun salut semasa air pasang perbani dan air pasang anak

Nurul Aini Sallih (2005) Perbandingan parameter fiziko-kimia di Lagun Mengkabung dan lagun salut semasa air pasang perbani dan air pasang anak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002006.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah tentang corak taburan parameter fiziko-kimia di Lagun Mengkabung dan Lagun Salut semasa air pasang perbani dan air pasang anak. Parameter fiziko-kimia yang dikaji adalah suhu, saliniti, pH dan oksigen terlarut. Persampelan telah dilakukan sebanyak 2 kali sebulan selama 3 bulan. Daripada analisis yang telah dijalankan terhadap data-data bacaan parameter yang telah diambil semasa persampelan, didapati di Lagun Mengakabung, corak taburan parameter fiziko-kimia semasa air pasang perbani adalah lebih seragam berbanding semasa air pasang anak dari segi suhu, saliniti dan pH pada setiap kedalaman dan juga stesen persampelan. Corak taburan oksigen terlarut adalah tidak seragam semasa kedua-dua air pasang perbani dan air pasang anak. Di Lagun Salut pula, corak taburan suhu dan saliniti adalah lebih seragam semasa air pasang perbani berbanding semasa air pasang anak. Corak taburan oksigen terlarut adalah sama dengan corak tabu ran di Lagun Mengkabung iaitu, mempunyai corak yang tidak seragam pada kedua-dua air pasang perbani dan air pasang anak. Corak taburan pH adalah sangat seragam di setiap kedalaman dan juga stesen persampelan bagi kedua-dua air pasang perbani dan air pasang anak. Daripada kajian ini didapati faktor fizikal memainkan peranan penting dalam menentukan nilai suhu, saliniti, pH dan oksigen terlarut. Faktor biodiversiti di dalam lagun tersebut turut memainkan peranan utama terhadap nilai oksigen terlarut dan juga nilai pH lagun tersebut selain daripada faktor ftzikal.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Mengkabung Lagoon, Salut Lagoon, spring tide, neap tide, physico-chemical parameter, dissolved oxygen pattern, biodiversity
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Apr 2014 13:05
Last Modified: 12 Oct 2017 14:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8490

Actions (login required)

View Item View Item