Pengaruh bekalan air terhadap pengeluaran hasil padi sawah. Kajian kes: Kampung Mangkalua, Kota Marudu, Sabah

Norzia Asak (2009) Pengaruh bekalan air terhadap pengeluaran hasil padi sawah. Kajian kes: Kampung Mangkalua, Kota Marudu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002018.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Sistem pengairan merupakan aspek terpenting dalam aktiviti penanaman padi sawah. Tanpa air yang mencukupi, proses pertumbuhan padi akan terbantut dan seterusnya akan mempengaruhi pengeluaran hasil padi. Kerosakan pada isi padi adalah berpunca daripada pokok padi yang kekurangan nutrien. Di mana nutrien ini diperolehi daripada air yang dialirkan ke kawasan sawah padi. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh tahap ketersampaian bekalan air terhadap pengeluaran hasil padi. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti jenis sistem pengairan sawah padi, mengenal pasti tahap ketersampaian air bagi setiap jenis sistem pengalran dan mengenal pasti pengaruh bekalan air terhadap pengeluaran hasil padi sawah. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang menggunakan beberapa metod kajlan seperti pemerhatian kajian lapangan, pengedaran borang soal selidlk, temu bual dan penggunaan perisian Microsoft excel untuk menganalisis data. Kajian kes ini dilakukan di Kampung Mangkalua, Kota Marudu Sabah. Daripada data yang diperolehi, terdapat tiga jenis punca bekalan air yang digunakan oleh petani iaitu daripada taliair, sungai dan hujan yang terdapat di kawasan kajian. Secara keseluruhannya tahap ketersampaian ketiga-tiga jenis bekalan air ini adalah berbeza. Manakala pengeluaran hasil padi bagi setiap jenis bekalan air juga berbeza bagi 1 ekar sawah padi setiap responden. Kesimpulannya bekalan air kurang mempengaruhi pengeluaran hasil padl. Keadaan ini berlaku kerana terdapat faktor lain yang boleh mempengaruhi pengeluaran hasil padi seperti aktiviti pemantauan, penggunaan racun serangga dan baja, cuaca, tanah, penggunaan jentera pembajak dan penuai padi. Walau bagaimanapun bekalan air tetap diperlukan di dalam pertanian sawah padi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: irrigation system, paddy growth, Mangkalua village, agriculture, water supply, paddy field corp
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 14 Mar 2014 11:52
Last Modified: 12 Oct 2017 16:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8506

Actions (login required)

View Item View Item