Pengaruh ciri- ciri morfometri lembangan saliran dan jumlah hujan ke atas luahan. Kajian kes; Lembangan Sungai Tobobon/Gudon

Normarliana Daud (2009) Pengaruh ciri- ciri morfometri lembangan saliran dan jumlah hujan ke atas luahan. Kajian kes; Lembangan Sungai Tobobon/Gudon. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002024.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penilaian parameter- parameter marfometri bagi Lembangan Sungai Tobobon/Gudon ditentukan dengan menggunakan sumbar yang sama. Jaringan sungai bagi lembangan ini dibahagikan kepada tiga sub-lembangan yang ditentukan dengan merujuk kepada peta topografi 1: 25 000 dan menggunakan perisian MapInfo 7.0. Ciri- ciri morfometri ini digunakan untuk menilai pengaruh luahan atau banjir bagi setiap sub- lembangan. Di samping mengenal pasti ciri- ciri morfometri setiap sub- lembangan, pengaruh jumlah hujan juga ditentukan bagi ketiga- tiga lembangan lersebut. Gerapan hujan dilakukan dengan menggunakan lolok hujan manual di mana setiap sub-lembangan mempunyai stesen cerapan iartu stesen 1, stesen 2 dan stesen 3. Bagi melihat luahan setiap lembangan, lolok pengukur aras air juga dilelakkan di setiap stesen lembangan dan cerapan yang dilakukan adalah seliap 10 minit. Berdasarkan kepada hasil dan analisis yang diperolehi, keluasan bagi Lembangan Sungai T obobon/Gudon ialah 12.95 km² dan order lembangan ialah 4. Pemberian order bagi alur sungai pula menggunakan hukum yang dikemukakan oleh Strahler. Aras tebing yang paling rendah ialah di stesen 2. Berdasarkan cerapan yang diperolehi bagi bulan November 2008 hingga Mac 2009, lembangan 2 sering mengalami luahan atau banjir. Hal ini demikian kerana dipengaruhi oleh ciri lembangan tersebut yang mana lebih dominan berlakunya banjir. Oleh itu, pendekatan secara struktur dan bukan struktur adalah penting bagi memastikan luahan yang drastik bagi sualu lembangan dapat diatasi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: morphometric chareteristics, discharge, rainfall intensity, drainage basin, river bank.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Mar 2014 14:34
Last Modified: 12 Oct 2017 16:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8518

Actions (login required)

View Item View Item