Litar pengesan warna

Wong, Jia Horng (2007) Litar pengesan warna. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002029.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Projek ini bertujuan untuk membina satu litar pengesan warna. Pengesan warna merupakan satu pengesan optikal yang digunakan untuk mengesan satu wama tunggal pada sesuatu permukaan. Apabila satu warna dikesan, voltan keluaran akan diperoleh dengan menggunakan hukum pembahagi voltan. Untuk melaksanakan tujuan-tujuan projek ini, beberapa langkah akan diambil yang melibatkan pembinaan litar pengesan warna, dan menjalani pengujian pada litar tersebut. Ujian-ujian yang terlibat adalah menguji litar pengesan warna pada jarak ketinggian yang berlainan, kualiti permukaan kertas yang berlainan, dan mengujinya dalam keadaan bilik terang dan bilik gelap. Keputusan-keputusan yang diperolehi menunjukkan pengesan warna akan memberi tindakbalas yang tepat dan sensitiviti yang tinggi dengan memenuhi syarat-syarat berikut iaitu jarak pengesanan yang dekat, sekeliling yang terang dan permukaan yang licin.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: color sensor circuit, paper surface, voltage divider law
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Mar 2014 12:56
Last Modified: 13 Oct 2017 09:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8525

Actions (login required)

View Item View Item