Kesan pemangkasan terhadap pertumbuhan dan perkembangan rizom halia (Zingiber officinale Roscoe)

Albert Basiri (2007) Kesan pemangkasan terhadap pertumbuhan dan perkembangan rizom halia (Zingiber officinale Roscoe). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002052.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian kesan pemangkasan terhadap pertumbuhan dan perkembangan nzom halia (Zingiber officinale Roscoe) telah dijalankan. Pokok halia yang digunakan adalah halia dari kultivar Tambunan. Lokasi kajian adalah di Kampung Lubok, iaitu terletak di kawasan Daerah Tan1paruli. Rawatan pangkasan dijalankan mengikut ketinggian dari paras tanah iaitu 5 cm, 10 cm, 20 cm dan 40 cm. Terdapat 5 rawatan yang digunakan dan setiap rawatan mempunyai 3 replikat masing-masing. Rawatan pangkasan ini dijalankan terhadap halia yang telah berumur 4 bulan tumbuh di atas tanah. Setiap rawatan pangkasan dilakukan sekali sahaja sehingga dalam tempoh 4 bulan di mana rizom telah mencapai tahap matang. Analisis statistik yang digunakan adalah analisis varians satu hala (ANOVA One Way). Cerapan dilakukan selepas 4 bulan yang mana melibatkan 6 parameter kajian iaitu pengukuran bilangan tunas baru, ketinggian pokok selepas rawatan, saiz ukur lilit rizom, nilai pH, berat basah dan berat kering rizom. Kajian menunjukkan pangkasan mempengaruhi berat basah, nilai pH, bilangan pertunasan, ketinggian, dan saiz rizom. Walaubagaimanapun rawatan pangkasan tidak mempengaruhi berat kering halia. Selepas 4 bulan didapati rawatan pangkasan 20 cm merupakan rawatan terbaik bagi parameter berat basah, pH, bilangan tunas, ketinggian dan saiz ukurlilit rizom. Kesemua parameter ini menunjukkan nilai signifikan dalam analisis statistik. Kesimpulannya, rawatan pangkasan dengan ketinggian sederhana (20 cm) dari paras tanah memberi peluang kesuburan yang tinggi untuk pertumbuhan dan perkembangan rizom halia

Item Type: Academic Exercise
Keyword: trimming method, ginger rhizome, dry weight, parameter, soil
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Mar 2014 13:02
Last Modified: 13 Oct 2017 09:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8569

Actions (login required)

View Item View Item