Penilaian semut Ponerinae (Diacamma, Odontoponera, Odontomachus dan Anochetus) di BORNEENSIS dan kepelbagaiannya di Inobong, Sabah

Teng, In Ing (2007) Penilaian semut Ponerinae (Diacamma, Odontoponera, Odontomachus dan Anochetus) di BORNEENSIS dan kepelbagaiannya di Inobong, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002058.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian penilaian semut Ponerinae (Diacamma, Odontoponera, Odontomachus dan Anochetus) di BORNEENSlS dan kepelbagaiannnya di lnobong telah dijalankan. Objektif kajian ini adalah menyusun semula spesimen semut Ponerinae (Diacamma, Odontoponera, Odontomachus dan Anochetus) di BORNEENSIS dan mengenalpasti kepelbagaian semut Ponerinae di lnobong. Spesimen semut bagi keempat-empat genera tersebut tidak disusunkan mengikut taksonomi di BORNEENSIS. Oleh itu, penyusunan semula semut Ponerinae mengikut taksonomi adalah penting untuk tujuan rujukan pengkaji dan pengurusan data. Pemilihan Inobong sebagai tempat persampelan adalah disebabkan tidak ada kajian kepelbagaian semut dilakukan pada sebelumnya. Penilaian semut Ponerinae (Diacamma, Odontomachus, Odontoponeradan Anochetus) di BORNEENSIS telah berjaya dijalankan. Sejumlah 388 individu dengan 27 spesies semut telah dikenalpastikan dan disusunkan dengan menggunakan kekunci Bolton (1994) dan bantuan penyelia. Genus Anochetus mencatatkan 30% daripada jumlah spesies keseluruhan, manakala genus Diacamma dan Odontomachus masing-masing mencatatkan 26% dan genus Odontoponera mencatatkan 18% daripada keseluruhan spesies. Persampelan semut di lnobong menggunakan kaedah Perangkap Lubang Berumpan yang melibatkan pembinaan dua plot di 'Permanent Plot' Inobong. Sejumlah 2253 individu semut yang diwakili 18 genera dan 37 spesies telah berjaya dikumpulkan. lndeks kepelbagaian Shannon Weiner (H') semut secara keseluruhan bagi kedua-dua Plot adalah sebanyak 1.878. Indeks kepelbagaian Shannon Weiner bagi subfamili Ponerinae di Inobong adalah sebanyak 1.800. Sejumlah 10 spesies dan hanya 36 individu semut dari subfamili Ponerinae berjaya dikenalpastikan. Spesies semut Ponerinae (Diacamma, Odontoponera, Odontomachus dan Anochetus) yang dikumpulkan di Inobong mempunyai beberapa perwakilan di BORNEENSIS. Sebanyak 22% daripada spesies Ponerinae yang dikumpulkan di lnobong juga terdapat di BORNEENSlS. lni menunjukkan satu penemuan yang positif.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: BORNEENSIS, Ponerinae, diversity, Inobong, taxonomic
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Mar 2014 14:25
Last Modified: 13 Oct 2017 09:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8579

Actions (login required)

View Item View Item