Sikap memandu di kalangan pelajar Sekolah Sains dan Teknologi

Khuneswari Gopal Pillay (2007) Sikap memandu di kalangan pelajar Sekolah Sains dan Teknologi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002083.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap memandu pelajar Sains dan Teknologi ketika di dalam dan di luar UMS dan mengkaji perbezaan sikap memandu mengikut jantina, umur dan bangsa. Seramai 176 orang pelajar Sains dan Teknologi telah memberi maklumbalas terhadap soal selidik yang dikemukakan. Analisis faktor digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap memandu pelajar di dalam dan di luar UMS. Analisis MANOVA pula digunakan untuk mengkaji perbezaan sikap memandu mengikut faktor demografi seperti jantina, umur dan bangsa. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh faktor utama yang menerangkan sikap memandu di dalam dan di luar UMS iaitu perjalanan tidak terancang dan penumpuan pemanduan kurang, undang-undang membebankan dan mengganggu, mengurangkan kelajuan mengikut keadaan, melanggar undang-undang yang ditetapkan, sikap tidak cermat dan bertimbangrasa semasa memandu, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak berperihatin atau memandu tanpa memakai tali keledar. Sikap pemandu pula dikategorikan kepada tujuh faktor iaitu sikap tidak mematuhi had laju, mengurangkan masa memandu pada waktu tertentu, dikenakan tindakan undang-undang, membuat kerja selain memandu, sikap berperihatin terhadap kanak-kanak, tabiat makan minum semasa memandu dan rekod kemalangan. Hasil kajian MANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara sikap memandu di dalam dan di luar kampus mengikut jantina dan bangsa; tidak terdapat perbezaan antara sikap memandu di dalam dan di luar kampus mengikut jantina dan umur.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: driving behavior, MANOVA analysis, race, gender, age
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Apr 2014 13:45
Last Modified: 13 Oct 2017 10:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8673

Actions (login required)

View Item View Item