Iskandar Malaysia dari perspektif keselamatan

Haziqah Nasirah Zol Bahari (2009) Iskandar Malaysia dari perspektif keselamatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002093.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Hubungan bersejarah Johor-Singapura bermula sejak Kesultanan Johor-Riau-Lingga sehingga ke hari ini. Walaupun selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1965, Johor sebagai negeri bersempadan telah menikmati limpahan ekonomi hasil kemajuan pesat Singapura. Iskandar Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan sebagai koridor pembangunan ekonomi selatan rentetan kerjasama SIJORl, bagaimanapun telah mencetuskan kebimbangan domestik. Penglibatan Singapura dalam Iskandar dilihat sebagai ancaman kepada kelangsungan kedaulatan dan keselamatan ekonomi tempatan, lebih-Iebih lagi apabila Perdana Menteri Malaysia mahu melihat hubungan simbiotik Johor-Singapura melalui Iskandar ala Model Shenzhen-Hong Kong. Kebimbangan ini disebabkan oleh isu-isu yang tergendala dalam hubungan Johor-Singapura dan kehilangan Pulau Batu Puteh ke tangan Singapura menjadikan kebimbangan keselamatan meningkat. Peranan pelaburan langsung asing (FDI) yang menjadi tarikan utama Iskandar akan dilihat terlebih dahulu. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji isu-isu keselamatan yang timbul dalam konteks hubungan Johor-Singapura sejajar dengan pembangunan Iskandar Malaysia melalui konsep Sekuritisasi dan Desekuritisasi yang dipelopori oleh Pemikiran Copenhagen berkenaan kajian keselamatan bukan tradisional. Petunjuk-petunjuk sekuritisasi dan desekuritisasi Iskandar Malaysia akan dianalisis menggunakan isu-isu yang signifikan dan seterusnya, mengenalpasti tindakan sekuritisasi/ desekuritisasi yang telah dilaksanakan. Kejayaan atau kegagalan tindakan sekuritisasi/ desekuritisasi Iskandar Malaysia ini adalah bersandarkan kepada penerimaan khalayak, sama ada khalayak menerima atau menolak 'speech act' yang telah disampaikan dengan terang oleh aktor sekuriti atau desekuriti.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Johor-Singapore, historical relations, border state, Iskandar Malaysia, SIJORI, foreign direct investment, securitization act, desecuritization act
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 04 Apr 2014 16:13
Last Modified: 13 Oct 2017 10:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8682

Actions (login required)

View Item View Item