Institusi pentadbiran pribumi: Satu kajian mengenai Ketua Anak Negeri di Sabah, 1946-1990

Mosli Tarsat (2007) Institusi pentadbiran pribumi: Satu kajian mengenai Ketua Anak Negeri di Sabah, 1946-1990. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000287.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneliti institusi pentadbiran pribumi dengan merujuk khusus kepada perihal Ketua Anak Negeri di Sabah (1946-1990). Perbincangan ini melibatkan dua elemen utama sebagai teras kajian iaitu berdasarkan perkembangan sejarahnya secara kronologi dan penglibatannya dalam pentadbiran. Kedua-dua elemen ini memperjelaskan keadaan sebenar perihal Ketua Anak Negeri dan kewajarannya dalam era modenisasi. Kajian ini mengunakan pendekatan sejarah yang menggunakan metod penyelidikan arkib, sumber lisan melalui kerja lapangan dan diperkuatkan lagi oleh penelitian sumber kedua. Perkembangan dan perubahan ke atas justifikasi Ketua Anak Negeri dibahagikan kepada lima tahap pentadbiran iaitu pentadbiran tradisional di bawah kesultanan Brunei dan Sulu, era pentadbiran BNBCC, Jentera pentadbiran Jepun, Kolonial British dan kerajaan negeri Sabah. Semua pentadbiran ini membawa impak yang besar kepada Ketua Anak Negeri sama ada pengaruhnya kepada masyarakat pribumi dan kedudukannya dalam organisasi pentadbiran. Namun, penerusan dan pengekalan jawatan Ketua Anak negeri dalam semua pentadbiran terse but menjadi intipati kajian ini. Pengiktirafan mereka pada tahun 1891 dalam Ordinan Pentadbiran Kampung adalah satu tanda bermulanya istilah Ketua Anak Negeri di Sabah. Mereka diberikan klasifikasi skim iaitu sistem pengredan (semasa era kolonialisasi), gaji, baju khas, lencana dan sijil lantikan. Peranan utama mereka ialah menjaga segala hal ehwal pribumi termasuklah memelihara adat istiadat dan mengawal keharmonian anak buahnya. Penglibatan mereka juga penting di Mahkamah Anak Negeri sebagai hakim di samping Ketua Daerah. Mahkamah ini menggunakan undang-undang adat istiadat dalam menyelasaikan kes-kes pribumi termasuklah amalan sogit. Pengwujudan JKKK menghangatkan lagi kedudukkan mereka yang sudah bertapak lama di jiwa masyarakat pribumi. Justifikasi kedudukkan dan bidang kuasa antara Ketua Anak Negeri dan JKKK dilihat secara kritis untuk menyelusuri kewajaran dan masa depannya dalam institusi pentadbiran pribumi. Hakikatnya, pengekalan jawatan ini wajar dan masih releven berdasarkan pengalaman sejarahnya dan melalui pandangan masyarakat masa kini. Tetapi Mahkamah Anak Negeri perlu perubahan sejajar dengan peredaran zaman dan kesesuaiannya dengan keadaan semasa masyarakat pribumi.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Native Chiefs institution, chronological development, involvement of Native Chief, state's administration
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Apr 2014 09:00
Last Modified: 12 Oct 2017 11:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8712

Actions (login required)

View Item View Item