Tahap radiasi sinar beta dan gama di kawasan kampus Universiti Malaysia Sabah

Siti Hidayah Mohd Zaini (2005) Tahap radiasi sinar beta dan gama di kawasan kampus Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002115.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian tahap radiasi sinar beta dan sinar gama di Universiti Malaysia Sabah ini dilakukan dengan menggunakan alat pengesan radiasi iaitu Geiger-Muller (NDS survey meter). Menurut IAEA (International Atomic Energy Agency) dan juga ICRP (International Commission of Radiological Protection), dos setara yang dibenarkan ialah 0.l mRem per jam (1μSv per jam). Kadar dos sinar beta di sekitar kawasan kampus Universiti Malaysia Sabah ialah di bawah 0.2 μSv per jam bagi sinar beta dan 0.49 μSv per jam bagi sinar gama. Tahap radiasi menunjukkan tahap yang selamat. Sinaran radiasi adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kanser sekiranya sering terdedah dengan sinaran-sinaran tersebut. Untuk menentukan kepekatan logam berat, penganalisaan menggunakan Spektrofotometer Serapan Atom (AAS) digunakan. Proses seperti penghadaman asid nitrik, penyediaan larutan 'blank', larutan stok dan larutan piawai perlu disediakan untuk mendapatkan graf kalibrasi agar kepekatan logam berat dapat dibaca dengan tepat dan jitu. Ketinggian dari paras laut dapat ditentukan menggunakan GPS 12 manakala pH meter digunakan untuk membaca nilai pH bagi sampel.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: beta and gamma, NDS survey meter, IAEA, ICRP, radiation level, Atomic Absorbance Spectrophotometer,
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Apr 2014 11:17
Last Modified: 13 Oct 2017 10:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8753

Actions (login required)

View Item View Item