Analisis pencapaian pelajar program Matematik dengan Ekonomi Universiti Malaysia Sabah

Parvita Shandu (2006) Analisis pencapaian pelajar program Matematik dengan Ekonomi Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002129.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dibuat untuk menganalisis pencapaian pelajar program Matematik Dengan Ekonomi (ME), Universiti Malaysia Sabah (VMS). Sejumlah 110 orang pelajar dipilih secara rawak dari pelajar ME tahun dua dan tiga sebagai sampel kajian. Analisis korelasi dijalankan untuk melihat hubungan di antara pencapaian pelajar ME dalam matematik moden SPM dan matematik tambahan SPM dengan pencapaian mereka dalam Statistik Ekonomi, Matematik I dan Matematik II yang dipelajari di UMS. Hasil korelasi menunjukkan terdapatnya hubungan linear di antara pencapaian matematik tambahan dengan pencapaian Statistik Ekonomi, Matematik I dan Matematik II. Analisis khi-kuasa dua dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian pelajar ME. Hasil analisis mendapati pencapaian Statistik Ekonomi bersandar dengan kelima-lima faktor yang dikaji iaitu saluran kemasukkan ke UMS, minat mengikuti program ME, kehadiran kelas tutorial, cara belajar dan pemahaman Bahasa Inggeris. Analisis regresi dijalankan untuk melihat penyumbang utama kepada PNGK pelajar ME. Hasil analisis menunjukkan pencapaian Statistik Ekonomi merupakan penyumbang utama kepada PNGK pelajar ME.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Mathematics, Economy, Chi-square analysis, Statistic Economics, linear relationship, correlation analysis
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 May 2014 10:38
Last Modified: 13 Oct 2017 10:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8772

Actions (login required)

View Item View Item