Budaya perahu di kalangan masyarakat Dusun di Telupid, Sabah

Andy Meter (2009) Budaya perahu di kalangan masyarakat Dusun di Telupid, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002136.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Sejarah pembudayaan perahu tradisi merupakan salah satu budaya di kalangan masyarakat Dusun di Telupid, Sabah. Budaya pembuatan perahu yang dimiliki oleh suku kaum Dusun di Sabah kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman yang telah menggunakan sungai. Bagi kaum Dusun, sungai telah menjadi jalan perhubungan yang penting kepada komuniti ini yang mendiami kawasan tepi sungai khususnya bagi masyarakat Dusun yang tinggal di kawasan tepi sungai Labuk. Komuniti sungai ini telah menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan disebabkan oleh kawasan pedaJaman yang sukar dihubungkan dengan menggunakan rangkaian jalan raya. Masyarakat Dusun telah menjadikan perahu sebagai alat pengangkutan yang utama bagi mereka. Penggunaan perahu di kalangan penduduk tempatan telah banyak mempengaruhi sosioekonomi masyarakat setempat. Justeru itu, masyarakat Dusun di Telupid telah terlibat dalam menghasilkan pelbagai jenis perahu kayu yang sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh budaya pembuatan perahu daripada masyarakat lain. Akibat daripada asimilasi budaya ini telah menyebabkan kepelbagaian jenis perahu yang dihasilkan oleh masyarakat Dusun di Telupid. Namun jelas menunjukkan bahawa kegiatan pembuatan perahu di kalangan masyarakat Dusun ini telah wujud sejak zaman nenek moyang mereka lagio Ini membuktikan bahawa bukan sahaja masyarakat yang tinggal di pesisiran pantai sahaja yang terlibat dalam pembuatan perahu tetapi masyarakat Dusun juga memiliki kebudayaan ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: traditional culture, Dusun, Telupid, socioeconomic, transport, boat making, Labuk river village
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Apr 2014 11:06
Last Modified: 13 Oct 2017 11:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8779

Actions (login required)

View Item View Item