Kajian kualiti terhadap Paracetamol (Acetaminophen, C₈H₉NO₂) dengan menggunakan teknik pembelauan sinar-x

Wong, Wei Hwa (2007) Kajian kualiti terhadap Paracetamol (Acetaminophen, C₈H₉NO₂) dengan menggunakan teknik pembelauan sinar-x. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002146_.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Dalam industri farmasi, XRD digunakan untuk menganalisa dan mengoptimumkan bentuk dos akhir. Kawalan dan pengawasan kualiti bagi sifat keadaan pepejal API(Active Pharmaceutical Ingredient) adalah penting dalam proses pengeluaran. Lima jenama ubat yang mengandungi bahan aktif 500mg Paracetamol (Acetaminophen, C₈H₉NO₂) telah digunakan. Paracetamol adalah serbuk yang berwarna putih, tidak berbau dan pahit rasanya. Keputusan yang diperoleh berdasarkan perbandingan nilai 2θ eksperimen dengan nilai 2θ piawai dapat menunjukkan kualiti ubat dengan tepat iaitu nilai purata Δ2θ di antara ±0.001 ° hingga ±0.03° menunjukkan bahawa ubat masih berada dalam keadaan simetri hablur yang asal iaitu ubat masih baik. Bagi nilai purata Δ2θ yang lebih daripada ±0.03° menunjukkan bahawa ubat Paracetamol yang dikaji telah berubah kepada bentuk yang lain atau mungkin sudah rosak. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa ujian pembelauan sinar-X dapat menentukan kualiti sampel ubat dengan tepat sebanyak ±0.03°, Δ2θ�.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: XRD, dosage, quality control, Active Pharmaceutical Ingredient, Paracetamol, crystal symmetry
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Apr 2014 11:01
Last Modified: 13 Oct 2017 11:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8795

Actions (login required)

View Item View Item