Kesan basuhan terhadap residu racun Chlorpyrifos pada Apium graveolens

Chia, Carol (2007) Kesan basuhan terhadap residu racun Chlorpyrifos pada Apium graveolens. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002177.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian kesan basuhan terhadap kandungan residu Chlorpyrifos dalam Apium graveolens dari kebun dan pasar telah dijalankan di Kundasang Ranau. Gas Kromatografi Spektrometri Jisim dengan Pengesan Sinaran Fotometrik digunakan dalam analisi Kadar Maksimum Residu Chlorpyrifos yang terdapat dalam Apium graveolens. Pengekstrakan aseton digunakan dalam penyediaan sampel. Kajian bertujuan menentukan dan melihat corak taburan residu Chlorpyrifos yang diperolehi dari kebun dan gerai. Seterusnya menentukan kesan basuhan terhadap residu racun Chlorpyrifos dalam Apium graveolens yang merupakan objektif utama kajian ini. Dan matlamat akhir kajian adalah memastikan sampel-sampel yang diambil mematuhi piwaian Kadar Maksimum Residu yang telah ditetapkan bagi pengambilan manusia. Hasil kajian mendapati terdapat sampel yang dikesan dengan kandungan residu Chlorpyrifos dan tidak dikesan dengan residu Chlorpyrifos. Sampel kebun didapati mempunyai sampel dengan kandungan residu Chlorpyrifos yang lebih banyak daripada sampel gerai. Sampel gerai pula mempunyai bilangan sampel yang tidak dikesan dengan residu Chlorpyrifos yang lebih tinggi. Kesan basuhan menunjukkan pengurangan residu Chlorpyrifos sebanyak 15 % dengan kadar pengurangan 0.05 mg kg�¹ ke 0.56 mg kg�¹. Kandungan-kandungan residu Chlopyrifos yang didapati dalam semua sampel juga mematuhi Kadar Maksimum Residu yang ditetapkan iaitu 1.00 mg kg�¹.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chlorpyrifos residue, Apium graveolens, Chromatographic Mass Spectrometry, Flame Photometric Detector, acetone extraction
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Apr 2014 13:15
Last Modified: 13 Oct 2017 11:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8853

Actions (login required)

View Item View Item