Kesan jangka masa rendaman air sejuk terhadap kualiti jambu batu

Siti Marhani Hamdan (2007) Kesan jangka masa rendaman air sejuk terhadap kualiti jambu batu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002181.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan masa penyejukan yang berbeza melalui rendaman air sejuk terhadap kualiti jambu batu (Psidium guajava var. Taiwan). Sampel jambu batu pada indeks 3 yang baru dituai dari ladang dirawat menggunakan rawatan masa penyejukan yang berbeza (114 CT, 112 CT, 2/3 CT dan 7/8 CT) dan disimpan di dalam bilik sejuk pada suhu 10±2°C selama I, 2, 3 dan 4 minggu. Hasil keputusan menunjukkan bahawa buah yang menjalani rawatan menunjukkan kualiti buah yang lebih baik berbanding buah yang tidak dirawat. Masa penyejukan hanya memberi kesan yang bererti pada peratus kehilangan berat, kekerasan isi, kepekatan pepejal terlarut dan nilai pH. Rawatan ½ CT mencatatkan peratus kehilangan berat terendah iaitu hanya 7.10% berbanding rawatan lain. Rawatan ini turut mencatatkan kekerasan isi buah yang tertinggi iaitu 6.79N dan peratus asid tertitrat terendah iaitu 3.95%. Manakala jangka masa penyimpanan pula memberi kesan yang bererti kepada peratus kehilangan berat, paras pepejal terlarut, pentitratan asid dan juga nilai pH. Secara keseluruhannya, didapati bahawa jangka masa penyimpanan bagi mengekalkan kualiti jambu batu terbaik adalah pada minggu pertama. Oleh itu, penyelidikan ini mencadangkan bahawa rawatan masa penyejukan terbaik bagi jambu batu, Psidium guajava var Taiwan, pada indeks 3 ialah rawatan ½ CT. Ini kerana ia memberi peratus kehilangan berat dan asid tertitrat yang paling rendah serta kekerasan isi buah dan kepekatan pepejal terlarut yang paling tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: hydrocooling time, quality of guava, temperature, weight loss, acid titration concentration, soluble solid concentration
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Apr 2014 14:09
Last Modified: 13 Oct 2017 11:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8857

Actions (login required)

View Item View Item