Amplifikasi RT-PCR Nodavirus dari stok ikan laut Malaysia

Charlie Fredrick (2007) Amplifikasi RT-PCR Nodavirus dari stok ikan laut Malaysia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002218.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi memencilkan RNA dari ikan yang dijangkiti Nodavirus. Pemencilan RNA Nodavirus membolehkan amplifikasi Nodavirus yang menjangkiti ikan laut Malaysia dilakukan melalui kaedah RT-PCR. Sampel spesies ikan dan bahagian organ ikan (ginjal dan hati) yang berlainan digunakan bagi tujuan pengekstrakan dan amplifikasi. Pengekstrakan dan amplifikasi RNA Nodavirus dilakukan menggunakan dua kaedah iaitu Kit IQ2000 VNN dan kaedah pengekstrakan TRIZOL diikuti RT-PCR manual. Bagi kaedah penggunaan Kit IQ2000 VNN. diagnosis kewujudan jangkitan dibahagikan kepada tiga tahap jangkitan iaitu berat, sederhana dan ringan. Keputusan yang diperolehi menunjukkan tahap atau kewujudan jangkitan VNN adalah sama bagi spesies ikan yang berlainan pada tahap jangkitan ringan pada kesemua bahagian organ. Kaedah pengekstrakan reagen TRIZOL diikuti RT-PCR manual menunjukkan kaedah ini tidak begitu sensitif jika dibandingkan dengan kaedah Kit IQ2000 VNN kerana kaedah ini tidak dapat mengesan kewujudan jangkitan yang telah dikenal pasti dalam Kit IQ2000 VNN.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Nodavirus, RT-PCR method, IQ2000 VNN Kit, fish
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 May 2014 10:06
Last Modified: 13 Oct 2017 11:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8908

Actions (login required)

View Item View Item