Pengaplikasian etnomatematik pada corak anyaman bakul di Malaysia

Thanaletchumy Narayanan (2007) Pengaplikasian etnomatematik pada corak anyaman bakul di Malaysia. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002240.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengaplikasian etnomatematik yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Bagi tujuan itu, bentuk geometri pada corak anyaman bakul di Malaysia dikaji. Di samping itu, perbandingan di antara corak anyaman pada bakul dan juga corak anyaman pada sepak raga juga turnt dikaji. Data-data serta maklumat yang berkaitan dengan kajian ini diperolehi daripada perpustakaanperpustakaan, agensi-agensi, badan-badan organisasi, dan juga Muzium Negara serta Muzium Negeri. Dengan itu, kaedah-kaedah etnomatematik iaitu pengulangan semula, rekursi, kesimetrian pada garisan, kesimetrian pada bulatan, translasi, pantulan, dan juga putaran yang diaplikasikan pada penjelmaan corak geometri anyaman dikaji. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapatnya pengaplikasian etnomatematik pada corak anyaman bakul di Malaysia. Selain itu, terdapat juga sedikit persamaan dan juga perbezaan pada corak anyaman bakul berbanding dengan corak anyaman sepak raga. Kedua-dua bentuk geometri pentagon dan juga heksagon dapat digunakan pada corak anyaman bakul dan juga pada corak anyaman sepak raga. Manakala bentuk-bentuk geometri yang lain hanya terdapat pada corak anyaman bakul sahaja.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: ethnomathematic, basket weaving, pattern, geometry
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 May 2014 09:15
Last Modified: 13 Oct 2017 12:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9030

Actions (login required)

View Item View Item