Kesan kadar baja nitrogen ke atas pembintilan, tumbesaran dan hasil biji kacang soya. ( Glycine max ( L.) Merill )

Zirwah Zakaria (2006) Kesan kadar baja nitrogen ke atas pembintilan, tumbesaran dan hasil biji kacang soya. ( Glycine max ( L.) Merill ). University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002249.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian baja nitrogen pada kadar yang berbeza ke atas pembintilan, tumbesaran, dan hasil biji kacang soya (Glycine max (L.) Merill varieti AGS 17). Kajian ini terdiri daripada empat rawatan dengan lima replikasi dan diatur dalam rekabentuk rawak lengkap (Complete Randomize Design). Rawatan yang digunakan adalah pemberian baja nitrogen pada kadar 0, 30, 60 dan 90 kg per hektar. Penuaian dilakukan sebanyak dua kali iaitu semasa pokok kacang soya berbunga (30 hari selepas tanam) dan semasa lenggai matang (70 hingga 75 hari selepas tanam). Analisis untuk varians (ANOV A) menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (P < 0.05) antara rawatan-rawatan yang diberikan dalam kajian ini. Berdasarkan kepada keputusan penuaian pertama, kadar baja 90 kg per hektar merosotkan nodulasi bagi setiap tuaian pada hari ke 2, 4, 8 dan 16 selepas pemberian baja nitrogen. Berdasarkan penuaian kedua pula, kadar baja 60 kg nitrogen per hektar meningkatkan produktiviti tumbesaran pokok di mana tumbesaran bahagian atas pokok, akar, buah dan lenggai serta bilangan lenggai adalah yang paling tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: nitrogen, fertilizer application, nodulation, yield of soybean, ANOVA, growth
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 20 May 2014 11:06
Last Modified: 13 Oct 2017 12:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9048

Actions (login required)

View Item View Item