Pencirian protein daripada pelbagai varieti padi (Orita Sativa) di Sabah

Dg.Suhaila Pg.Kahar (2007) Pencirian protein daripada pelbagai varieti padi (Orita Sativa) di Sabah. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002258.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah dilakukan untuk mengkaji ciri-ciri kimia dan profil protein beberapa varieti padi (Oryza Sativa L.) di Sabah. Sampel-sampel yang dikaji adalah varieti-varieti kacukan iaitu varieti IR 72, MR 159 dan TR 7. Kulit-kulit padi ini telah dibuang dengan menggunakan lesung kayu dan batang penumbuk untuk mendapatkan biji beras. Kandungan lemak dalam beras telah disingkirkan dengan menggunakan n-heksana dan untuk mendapatkan pecahan-pecahan protein dengan mengekstrak sampel-sampel ini dengan larutan khusus untuk menyingkirkan protein yang dikehendaki seterusnya protein yang lain akan tertinggal di sisa. Ciri-ciri kimia telah dikenalpasti apabila protein albumin larut dalam air, protein globulin melarut dalam larutan bergaram, protein glutelin melarut dalam larutan beralkali dan protein prolamin melarut dalam larutan beralkohol. Kesemua pecahan protein ini di beku-keringkan untuk menjaga struktur protein yang asli sebelum di analisis menggunakan teknik Fasa Berbalik-Kromatografi Cecair Tekanan Tinggi (RPHPLC). Keputusan analisis yang diperolehi daripada kromatogram menunjukkan kesemua pecahan protein ini mempunyai profil hidrofilik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: protein, paddy seed, rubber roll, extracting, chemical characteristic, Reversed-phase High Performance Liquid Chromatography (RP-HPLC), chromatogram, hydrophilic
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 May 2014 16:50
Last Modified: 13 Oct 2017 12:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9068

Actions (login required)

View Item View Item