Kajian kepelbagaian palma di Plot Penyelidikan Kekal Gunung Alab dan Ulu Kimanis, Taman Banjaran Crocker, Sabah

Pius Pansang (2008) Kajian kepelbagaian palma di Plot Penyelidikan Kekal Gunung Alab dan Ulu Kimanis, Taman Banjaran Crocker, Sabah. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002264.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kepelbagaian palma di Plot Penyelidikan Kekal Gunung Alab dan Ulu Kimanis, Taman Banjaran Crocker, Sabah yang berukuran 50 m x 50 m yang mempunyai sebanyak 25 subplot yang bersaiz 10m x 10m. Sebanyak 26 spesies dalam lapan genus telah direkodkan di kedua-dua Plot Penyelidikan Kekal ini. Terdapat dua subfamili palma sahaja telah direkodkan di kedua-dua Plot Penyelidikan Kekal tersebut iaitu Calamoideae dan Arecoideae. Calamus kiahii merupakan spesies yang mempunyai jumlah bilangan individu tertinggi di Plot Penyelidikan Kekal Gunung Alab dengan 879 bilangan individu dan Calamus marginatus di Plot Penyelidikan Kekal Ulu Kimanis dengan 58 bilangan individu. Nilai Indeks Shannon-Weiner, Indeks Kesamarataan dan Indeks Kepelbagaian Margalef bagi Plot Penyelidikan Kekal Ulu Kimanis ialah 2.7563, 0.8791 dan 3.6226. Manakala nilai indeks Shannon-Weiner, Indeks Kesamarataan dan Indek Kepelbagaian Margalef bagi Plot Penyelidikan Kekal Gunung Alab ialah 0.7599, 0.6917 dan 0.2822. Secara keseluruhannya, nilai Indeks Shannon-Weiner dan Indeks Kesamarataan menunjukkan bahawa kepelbagaian palma di kedua-dua Plot Penyelidikan Kekal berada ada tahap sederhana sementara nilai Indeks Kepelbagaian Margalef menunjukkan bahawa kekayaan spesies di kedua-dua Plot Penyelidikan Kekal adalah rendah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: diversity, palms species, Shannon-Weiner Index, Evenness Index, Margalef Diversity Index, Permanent Research Plot, Crocker Range Park
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 May 2014 11:01
Last Modified: 13 Oct 2017 12:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9078

Actions (login required)

View Item View Item