Amalan pemberian makan bayi (6 -11 bulan) di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Pekan dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Jalan Kebajikan

Ng, Shy Chiou (2006) Amalan pemberian makan bayi (6 -11 bulan) di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Pekan dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Jalan Kebajikan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002281.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan pemberian makan bayi yang diamalkan dan mengenalpasti samada ia mematuhi saranan nasional dan antarabangsa. la juga bertujuan mengenalpasti faktor mempengaruhi amalan pemberian makan bayi dan jumlah tenaga harian yang diambil oleh bayi yang tidak diberikan susu ibu. Kajian ini dijalankan dengan menemuramah responden melalui borang penyelidikan dan borang penilaian diet ingatan semula 24 jam. Seramai 158 orang pasangan ibu dan anak telah diambil sebagai responden dalam kajian ini. Didapati seramai 145 (91.8%) orang mengamalkan corak penyusuan susu ibu. Daripada jumlah itu, 37.5% berhenti menyusukan susu ibu awal akibat masalah kekurangan kuantiti susu ibu, mula memperkenalkan makanan tambahan (29.4%) dan bekerja semula (27.2). Ibu menyusukan susu ibu adalah atas dorongan sendiri (69.7%), suami (23.4%) dan pihak jururawat (22.8%) serta digalakkan oleh faktor kandungan antibodi (73.8%), kandungan zat-zat makanan susu ibu (65.5%) dan kesenangan susu ibu dihadamkan oleh bayi (38.6%). Manakala pendapatan seisi rumah (p=0.001) dan pekerjaan responden (p=0.008) menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tempoh penyusuan susu ibu secara penuh/eksklusif. Seramai 111 (70.3%) orang ibu ketika kajian dijalankan mengamalkan susu formula. Daripada jumlah ini, 94 (84.7%) orang ibu menyusukan susu formula atas kesesuaian bayi. Faktor penggalak penyusuan susu formula utama adalah masalah kekurangan kuantiti susu ibu (39.6%). Seramai 140 (88.6%) orang responden telah mula memperkenalkan makanan tambahan kepada bayi. Responden sendiri merupakan pihak pendorong utama penyusuan susu formula (80.2%) dan makanan tambahan diamalkan dan diperkenalkan (63.6%). Ujian khi kuasa dua mendapati tiada hubungan yang signifikan (p=0.140) antara taraf pendidikan responden dan tempoh mula memperkenalkan makanan tambahan. Seramai 135 (85.4%) orang responden mampu menjawab lebih daripada tujuh soalan dalam bahagian pengetahuan dan pengalaman dengan betul. Hanya 6 (7.9%) bayi lelaki dan 11 (14.5%) bayi perempuan daripada jumlah 76 (48.1 %) orang bayi mengambil jumlah tenaga harian yang diperlukan mengikut saranan RNI Malaysia (2005). Kesimpulannya, ibu-ibu dalam kajian ini banyak mengamalkan penyusuan susu ibu. Hanya segelintir kecil ibu masih belum memperkenalkan makanan tambahan kepada bayi. Namun, amalan pemberian makan bayi yang diamalkan masih tidak menepati matlamat saranan nasional dan saranan antarabangsa.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: infant feeding practice, total energy intake, complementary food, breast feeding
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 Jun 2014 13:54
Last Modified: 13 Oct 2017 12:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9142

Actions (login required)

View Item View Item