Sejarah perkembangan pendidikan di daerah Tuaran,1881-1981

Francisca Lukas (2009) Sejarah perkembangan pendidikan di daerah Tuaran,1881-1981. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002292.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Perkembangan pendidikan di Daerah Tuaran bermula selepas kedatangan penjajah Barat apabila sistem pendidikan formal berasaskan sistern persekolahan diperkenalkan menggantikan sistem pendidikan tradisional. Namun, tidak banyak yang diketahui oleh masyarakat umum mengenai sejarah perkembangan pendidikan serta sumbangan bidang pendidikan dalam aspek pembangunan sosial dan ekonomi daerah tersebut. Kajian ini akan membincangkan tentang sejarah perkembangan pendidikan di Daerah Tuaran dan peranannya dalam menjana pembangunan sosio-ekonomi daerah tersebut. Tumpuan akan diberikan kepada aspek yang melibatkan latar belakang Daerah Tuaran, perkembangan pendidikan dengan melihat kepada pertambahan bilangan sekolah yang ditubuhkan sehingga tahun 1981 dan pengaruh pendidikan dalam menjana pembangunan sosio-ekonomi daerah tersebut. Dalam menjalankan kajian ini, disiplin sejarah dijadikan sebagai teras kajian yang berasaskan kepada sumber primer dan sekeunder. Selain itu, kaedah pemerhatian dan temu bual juga digunakan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: development, education, Tuaran District, history, economic development
Subjects: L Education > LA History of education
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 Jun 2014 13:44
Last Modified: 13 Oct 2017 12:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9158

Actions (login required)

View Item View Item