Tinjauan amalan mentoring praktikum antara opsyen di sebuah institut perguruan daripada perspektif guru pelatih

Chin, Satt Fung (2006) Tinjauan amalan mentoring praktikum antara opsyen di sebuah institut perguruan daripada perspektif guru pelatih. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000368.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau Amalan Mentoring Antara Opsyen Semasa Menjalankan Praktikum Fasa II Maktab Perguruan Kent, Tuaran. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 83 orang guru pelatih daripada 3 unit sampel kajian iaitu opsyen Pengajian Cina, Pengajian Agama dan Matematik yang dipilih melalui persempelan rawak mudah daripada 8 unit Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) Ambilan Januari 2003. Instrumen kajian telah disemak oleh penal yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah senior yang pakar dalam mentoring pratikum. Instrumen kajian dibahagikan kepada empat bahagian yang mengandungi 80 item dengan menggunakan Skala Ukert sistem 4 poin. Data yang diperolehi dianalisis dengan rnenggunakan statistlk deskriptif untuk menentukan Skor Min Terkumpul (SMT). Statistik inferensi bagi Analisis ANOVA Sehala serta Analisis Kolerasi Pearson-r. Keputusan kajian menunjukkan bahawa: (1) Skor Min Terkumpul bagi Peranan Utama Mentor, Hubungan Antara Mentor-Mentee, ciri-ciri dan Kualiti Mentor Yang Baik dan Kesan Proses Pencerapan Klinikal Terhadap Mentee daripada perspektif guru pelatih pelbagai opsyen adalah sangat tinggi; (2) analisis ANOVA Sehala mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan darlpada perspektif guru pelatih pelbagai opsyen bagi Peranan Utama Mentor, Hubungan Antara Mentor-Mentee, ciri-ciri dan Kualiti Mentor Yang Baik dan kesan Proses Pencerapan Klinikal; (3) analisis Kolerasi Pearson-r menunjukkan bahawa Peranan Utama Mentor, Hubungan Antara Mentor-Mentee, cri-ciri dan Kualiti Mentor Yang Baik dan Kesan Proses Pencerapan Klinikal mempunyai hubungan yang kukuh dan saling berkaitan mengikut perspektif guru pelatih pelbagai opsyen.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: mentoring practice, supervision, ANOVA analysis, Mentor-Mentee, Maktab Perguruan Kent, practicum mentoring
Subjects: ?? LB2300 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Jun 2014 12:02
Last Modified: 30 Oct 2017 09:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9180

Actions (login required)

View Item View Item