Pembinaan sebuah mesin pembancuh susu dan pencuci botol susu bayi yang mempunyai termometer digital

Nik Ili Izyani Nik Mehamad (2007) Pembinaan sebuah mesin pembancuh susu dan pencuci botol susu bayi yang mempunyai termometer digital. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002297.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Pembinaan sebuah mesin pembancuh dan pencuci botol susu bayi yang mempunyai termometer digital. Berfungsi untuk membancuh susu, mencuci lebihan sisa susu pada botol susu dan mengukur tahap kepanasan susu bayi yang dibancuh. Mesin ini menggunakan botol plastik sebagai pengganti badan mesin yang sebenar. Ianya akan berfungsi menggunakan motor elektrik 12 Varus terus (DC). Motor berfungsi berdasarkan prinsip elektromagnet. Untuk mesin ini juga, penggunaan batang bilah mata pembancuh dan peneuei yang boleh ditukar-tukar dan disambung pada penyambung aksesori akan lebih memudahkan lagi proses. Kelajuan putaran batang bilah ini bergantung kepada litar pengawal kelajuan. Mempunyai butang Reset yang apabila ditekan akan menambah kelajuan motor elektrik daripada Low kepada High. Berdasarkan nilai perintang boleh laras yang ditetapkan pada nilai 500 kΩ, julat masa untuk kelajuan bertukar kembali daripada High kepada Low adalah 5 saat. Termometer digital pula berfungsi untuk membaca suhu susu yang dibaneuh dan seterusnya dipaparkan pada paparan multimeter digital seeara digital. Termometer digital ini menggunakan Sensor suhu jenis LM35 yang mempunyai julat an tara -55 °C -+ 150 °C.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: digital thermometer, stirrer and brush machine, baby feeding bottle, agitate mixture, oddment of milk
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Jun 2014 13:49
Last Modified: 13 Oct 2017 12:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9189

Actions (login required)

View Item View Item